Kemboja Haramkan Import Minyak dan Gas Asli dari Thailand

(CRI)Isnin 23 Jun 2025

Kemboja mengumumkan larangan import minyak dan gas asli dari Thailand mulai tengah malam 22 Jun waktu tempatan, serta menasihati warga negaranya agar mengelak daripada melakukan perjalanan ke Thailand.

Ia susulan pertikaian sempadan yang semakin meruncing antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menerusi media sosial memaklumkan pengimportan minyak dan gas asli dari Thailand akan digantung mulai tengah malam 22 Jun.

Menurut beliau, Kemboja mampu mendapatkan bekalan yang mencukupi dari sumber lain untuk memenuhi keperluan domestik.

Pada hari yang sama, Jurucakap Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa warganegara Kemboja dinasihatkan agar tidak melakukan perjalanan ke Thailand sekiranya tidak ada keperluan mutlak, susulan ketegangan semasa.

Video

Berita Berkaitan