- Lain-lain
Lawatan Lawrence Wong Diharap Perkukuh Hubungan China-Singapura: MFA
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dijadual mengadakan lawatan rasmi ke China bermula 22 hingga 26 Jun atas undangan Perdana Menteri China Li Qiang.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media pada Jumaat berkata, China menantikan lawatan kali ini terus mendorong hubungan China-Singapura melakar kemajuan lebih besar.
Guo berkata Lawrence Wong memilih China sebagai negara pertama di luar rantau ASEAN untuk dilawati selepas menyandang jawatan Perdana Menteri pada Mei. Hal ini memperlihatkan betapa beliau mementingkan hubungan antara kedua-dua negara.
Dalam tempoh lawatan itu, Presiden Xi Jinping, Perdana Menteri Li Qiang dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Zhao Leji akan mengadakan rundingan dan pertemuan secara berasingan dengan beliau bagi bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan bilateral serta isu-isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama.
- PM Li Qiang Ucap Tahniah kepada Lawrence Wong atas Penggal Kedua PM Singapura
- China, Singapura Adakan Latihan Tentera Laut Bersama
- Han Zheng Bertemu TPM Singapura
- FTA China-Singapura Dinaik Taraf, Buka Peluang Niaga
- Presiden Xi Bertemu Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong
- Lee Hsien Loong Lawat China Esok
- Xi Bertemu PM Singapura
- China, Singapura Ikrar Naik Taraf Jalinan Kolaborasi
- Ding Xuexiang akan Lawat Singapura, Azerbaijan
- PM China, Singapura Setuju Eratkan Kerjasama dan Penyelarasan