- Lain-lain
China, Thailand Bersedia Kembangkan Hubungan Bilateral
Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) bersedia menyumbang kepada perkembangan hubungan dua hala China-Thailand.
Demikian kata Pengerusi CPPCC, Wang Huning ketika bertemu Presiden Dewan Negara dan Speaker Dewan Perwakilan Thailand, Wan Muhamad Noor Matha di Beijing pada Ahad.
Wang berkata, China bersedia bekerjasama dengan Thailand untuk menjadikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik sebagai peluang untuk terus memperkukuhkan persahabatan tradisional China dan Thailand, mengukuhkan asas dalam bidang politik, ekonomi dan sokongan rakyat bagi komuniti berkongsi masa depan China-Thailand dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
Sementara itu, Wan Muhammad Noor Matha pula berkata, pihaknya menyokong siri inisiatif global yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping dan bersedia memperkasakan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang termasuk pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan, ekonomi dan perdagangan serta pelancongan.
Beliau menambah, Parlimen Thailand bersedia mengukuhkan pertukaran dan kerjasama dengan China untuk menggalakkan pembangunan dan kemakmuran bersama antara kedua-dua negara.
- Eksklusif: PM Thailand Sifatkan Hubungan China-Thailand Terus Berkembang Stabil, Mampan
- Dorong Hubungan dengan China Menuju ke "50 Tahun Keemasan" - PM Thailand
- China, Thailand Komited Banteras Jenayah Rentas Sempadan
- Xi Jinping Terima Kunjungan PM Thailand
- Fasa Kedua Projek HSR China-Thailand Dijangka Siap 2030
- TBC Simbol Ikatan Budaya China dan Thailand: PM Paetongtarn
- Polis Thailand Komited Jaga Keselamatan Rakyat China
- Bekas Duta Besar Thai ke China Beri Bayangan Hubungan Lebih Erat Menjelang Ulang Tahun ke-50
- Xi Bertemu PM Thailand
- Tentera China, Thailand Bakal Adakan Latihan Bersama