- Lain-lain
AS Perkuda Taiwan, Jadikan Mesin Tunai Menerusi Penjualan Senjata
Karikatur disediakan oleh Ma Hongliang
Agensi berita Reuters melaporkan bahawa Amerika Syarikat (AS) merancang untuk melonjakkan penjualan senjata kepada Taiwan, sehingga melampaui seperti yang diluluskan semasa penggal pertama pentadbiran Presiden Donald Trump – sebanyak AS$18 bilion.
Laporan tersebut yang memetik kenyataan pegawai AS tanpa mahu identitinya diketahui berkata bahawa mereka menjangka AS akan meluluskan penjualan senjata kepada Taiwan dalam tempoh empat tahun yang berikutnya, sekali gus melebihi angka ketika pentadbiran penggal pertama Trump.
Untuk rekod, AS telah sejak sekian lama menggunakan penjualan senjata untuk memperluas pengaruh politiknya.
Pada awal tahun ini, Jabatan Negara AS memberitahu bahawa jualan senjata asing pada 2024 direkodkan sebanyak AS$318.7 bilion, iaitu peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 29 peratus.
Pada 13 Mei, Rumah Putih mengumumkan bahawa AS telah menandatangani perjanjian berkait senjata dengan Arab Saudi yang bernilai hampir AS$142 bilion.
Washington telah menekan Taiwan untuk berbelanja lebih banyak terhadap senjata Amerika, yang secara tidak langsung memberi keuntungan kepada industri senjata AS. Ibarat peribahasa ‘memancing di air keruh’ – tekanan serantau dan gangguan keselamatan, pengeluar peralatan keselamatan AS telah menyaksikan peningkatan dalam keuntungan.
AS seharusnya tegas mematuhi prinsip Satu China dan tiga penyataan bersama China-AS. Ini bermakna, mereka perlu menghentikan penjualan senjata kepada Taiwan, dan menokhtahkan sokongan terhadap puak pemecah ‘kemerdekaan Taiwan’, yang mencari ‘kemerdekaan’ menerusi keganasan.
- Jangan Samakan Isu Taiwan dengan Krisis di Ukraine - Jurucakap MFA
- Syarikat Berkaitan "Kemerdekaan Taiwan" Dilarang Lakukan Sebarang Urus Niaga di Tanah Besar
- Tindakan "Bermuka Dua" Pemimpin Taiwan Sudah Lapuk
- China Tolak Penglibatan Taiwan dalam WHA ke-78
- Kuasa Pembelot "Kemerdekan Taiwan" Hidup Dibayangi Latihan Tentera
- Latihan PLA Amaran terhadap Provokasi Kem Lai Ching-te
- Lai Ching-te, Perosak Kedamaian dan Pencetus Krisis Selat Taiwan
- "Taiwan, Provinsi dari China", Tercatat dalam Dokumen PBB
- AS Digesa Hentikan Tindakan Yang Jejaskan Kedamaian di Selat Taiwan
- China Gesa AS Betulkan Kesalahannya Berhubung Isu Taiwan