Tradisi Tenunan Apron Makmur di Xizang

Tradisi Tenunan Apron Makmur di Xizang
(Foto oleh People’s Daily Online)

Pekerja contoh kebangsaan, Tenzin Drolkar menenun apron tradisional menggunakan ala tenun di sebuah koperasi apron di pekan Jedeshol, kaunti Gonggar, bandar Shannan, di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China.

Apabila benang berwarna-warni berterbangan, apron Tibet yang dikenali sebagai ‘Bangdian’ perlahan-lahan terhasil oleh tangannya yang penuh mahir itu.

Bangdian ialah apron tradisional yang terang dan elegan, selain merupakan bahagian penting dalam pakaian wanita Tibet. Pada 2006, teknik tenunan tersebut telah disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara kebangsaan di China.

Di koperasi tersebut, para pekerja pertamanya akan memutar wul ke dalam benang, sebelum menggunakan batu tradisional dan pewarna berasaskan tanaman untuk mewarnakan benang, seterusnya menghasilkan lebih daripada 20 nuansa warna yang hidup dan bertahan lama.

Selain mewarna, membuat Bangdian melibatkan proses berulang kali seperti menganji, menguli dan mengeringkan untuk menetapkan warna, meningkatkan ketahanan dan menjadikan fabrik lebih lembut dan licin.

Selepas melalui proses yang penuh terperinci, apron Bangdian akhirnya siap.

Di dewan pameran koperasi itu, apron Bangdian dan produk-produk berkaitan telah dipaparkan.

Tenzin Drolkar telah membangunkan produk baharu yang menampilkan warna dan corak Bangdian seperti karpet, kusyen dan sarung telefon, yang kini dieksport ke lebih daripada 10 negara.

Usahanya telah membantu koperasi itu untuk melancarkan kelas latihan dalam menenun Bangdian, membuat fabrik pulu, tenunan karpet Tibet dan kraftangan lain. Lebih daripada 300 individu telah dilatih, yang mewujudkan lebih daripada 90 pekerjaan, membolehkan wanita mendapat pendapatan tanpa perlu keluar dari rumah.

(Foto oleh People’s Daily Online)
(Foto oleh People’s Daily Online)
(Foto oleh People’s Daily Online)
(Foto oleh People’s Daily Online)
(Foto oleh People’s Daily Online)
(Foto oleh People’s Daily Online)
(Foto oleh People’s Daily Online)
(Foto oleh People’s Daily Online)
(Foto oleh People’s Daily Online)

Video

Berita Berkaitan