Xi Terima Kunjungan Ketua Agama Xizang

(CRI)Isnin 09 Jun 2025

Presiden China Xi Jinping memberi kata semangat kepada ketua agama Buddha Panchen Rinpoche dari wilayah Xizang di barat daya China, supaya memberikan sumbangan yang lebih besar dalam menggalakkan perpaduan etnik, mencetuskan fenomena harmoni dalam kalangan penganut agama dan memacu pembangunan tempatan.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat membuat kenyataan tersebut semasa menerima lawatan daripada ketua agama itu yang juga dikenali sebagai Panchen Erdeni Chos-kyi rGyal-po di Zhongnanhai di Beijing.

Panchen Erdeni Chos-kyi rGyal-po menyatakan beliau akan terus menimba pengetahuan dan maju jaya melalui pembelajaran berterusan demi menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang berbilang kaum, peningkatan keserasian agama dalam acuan pembangunan tanah air dan penggalakan pemodenan Xizang.

Video

Berita Berkaitan