- Lain-lain
Apabila Landasan Terbang Bertemu Relik: Muzium Lapangan Terbangan di Xi’an Hubungkan Masa Lalu dan Kini
Sebagai salah satu ibu kota purba paling terkemuka di dunia, Xi’an yang terletak di Provinsi Shaanxi, barat laut China mempunyai sejarah selama lebih daripada 3,100 tahun, dan berfungsi sebagai ibu kota bagi 13 dinasti selama lebih 1,100 tahun.
Bandar itu juga kaya dengan tinggalan budaya, yang menyaksikan ia menduduki tempat pertama dalam carta bandar paling kaya di China dari segi arkeologi dengan kepadatan warisan bawah tanah yang tiada tandingan.
Di tengah-tengah hiruk-pikuk pemodenan, satu gabungan arkeologi dan infrastruktur muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Xianyang, yakni muzium perintis yang kini membawa kepurbaan relik ke dalam aliran kehidupan moden.
Cerita tersebut bermula dengan pengembangan fasa ketiga lapangan terbang itu yang dilancarkan pada 2020. Apabila pembinaan bermula, Akademi Arkeologi Shaanxi dengan kerjasama Kumpulan Lapangan Terbang Barat China (CWAG) telah memulakan penggalian di tapak tersebut.
Susulan itu, lebih daripada 6,800 tapak tinggalan, termasuk lebih daripada 4,000 makam purba dan lebih daripada 22,000 artifak telah digali.
Foto memperlihatkan bahagian luar Muzium Warisan CWAG. (Foto oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Xianyang)
“Pada hari pertama, satu kluster makam dari Dinasti Zhou Utara (557-581) telah ditemui. Ia dengan segera diikuti oleh makam dari Kerajaan Qin semasa tempoh Negeri Berperang (475-221 SM) dan pengebumian bangsawan dari Dinasti Han (202 SM -220M),” imbas Qi Quanhai, seorang anggota di pusat operasi pembinaan lapangan terbang CWAG, sambil memberitahu pasukannya bekerja tanpa mengenal waktu ketika itu.
Di kawasan yang paling kaya dengan artifak, lebih daripada 300 makam telah ditemui setiap satu kilometer persegi, secara tidak langsung mengubah satu projek infrastruktur yang bersifat rutin kepada dialog kehidupan dengan sejarah.
Mendepani keperluan cemas untuk menyelamatkan ribuan makam, pusat operasi pembinaan lapangan terbang dan Akademi Arkeologi Shaanxi mengemukakan inovasi pendekatan ‘zon utama’, yang membolehkan kawasan pembinaan kritikal untuk diteruskan sambil memberhentikan seketika kerja-kerja di tempat lain. Setiap zon ditugaskan untuk pembinaan sejurus selepas kerja-kerja arkeologi selesai.
Menurut Qi, pasukan arkeologi dan pembinaan berkongsi data lokasi masa nyata untuk menyelaraskan kerja-kerja.
“Kerjasama rapat ini membolehkan kedua-dua pembinaan dan penyelamatan arkeologi dapat berjalan serentak,” ujar beliau.
Dengan menyegerakkan pembinaan dan arkeologi dalam masa nyata, pendekatan tersebut memastikan jadual projek itu berada tepat di landasan, sambil memelihara warisan budaya yang sangat berharga seperti patung kecil unta yang menggalas kargo.
Pelancong melawat Muzium Warisan CWAG pada 26 Februari 2025. (People’s Daily Online/Zhang Cheng)
Antara penemuan paling penting ialah penemuan sejumlah 2022 makam Yuwen Jue, iaitu maharaja pengasas Dinasti Zhou Utara.
Terletak berhampiran jalan pertukaran barat lapangan terbang (utara), rangkaian jalan raya Bandar Baru Lapangan Terbang (selatan), dan zon pengembangan fasa ketiga (timur), penemuan itu telah menarik perhatian ramai orang.
Dengan aktiviti komersial yang sibuk dan pembangunan logistik di satu pihak, dan makam yang mempunyai nilai sejarah yang besar, makam itu menimbulkan dilema yang menarik iaitu cara untuk mengimbangi pembangunan dengan pemeliharaan.
Selepas berunding dengan pakar dalam arkeologi, sejarah, seni bina, dan warisan budaya, keputusan dibuat untuk memelihara makam di-situ, menutupnya dengan struktur perlindungan dan membina taman warisan di sebelahnya.
Menerusi pemasangan skrin LED dan digital, ia kini mendidik pengunjung tentang kepentingan arkeologi dan sejarahnya.
Ma Zhifeng, pegawai di pejabat pentadbiran Bandar Baru Lapangan Terbang berpendapat bahawa pendekatan tersebut bukan sahaja meningkatkan nilai sosial, tetapi juga mewujudkan hasil menang-menang untuk pemeliharaan budaya dan pembangunan ekonomi.
Prinsip ‘arkeologi diutamakan’ secara tidak langsung memberi panduan buat keseluruhan projek.
Sebagai contoh, laluan kereta api antara bandar lapangan terbang Xi'an menjalani pelbagai semakan reka bentuk untuk mengelakkan daripada mengganggu bengkel tembikar Dinasti Qin (221-207 SM) dan runtuhan bandar Xianyang purba, iaitu bekas ibu kota dinasti itu. Pembinaan diberhentikan hampir 100 kali kerana penemuan budaya, namun pekerja secara konsisten menunjukkan rasa hormat yang mendalam terhadap peninggalan di bawah kaki masing-masing.
Tapak penggalian dengan segera menjadi sensasi budaya di dalam media sosial, dengan lebih 100,000 komen menggesa muzium di tapak untuk mempamerkan artifak yang ditemui. Panggilan itu dijawab dengan penciptaan Muzium Warisan CWAG di dalam Terminal 5 lapangan terbang, muzium arkeologi di-situ pertama di dunia yang ditempatkan di dalam terminal lapangan terbang.
Pelancong melawat Muzium Warisan CWAG pada 26 Februari 2025. (People’s Daily Online/Zhang Cheng)
Terletak di tengah-tengah Terminal 5, muzium tersebut memperlihatkan sejarah Xi’an yang kaya dengan budaya, dan memaparkan artifak yang telah digali semasa pembinaan lapangan terbang.
Direka bentuk dengan gaya seni bina Dinasti Tang (618-907), muzium tersebut mewujudkan pengalaman yang mengasyikkan, dengan setiap bahagian menceritakan kisah-kisah wilayah pada masa lalu.
Sejak pembukaannya pada 26 Februari, muzium tersebut telah menarik hampir 100,000 pengunjung dan mengadakan lebih 1,300 lawatan berpandu. Bekerjsama dengan pihak universiti, muzium itu menawarkan program yang mengasyikkan untuk pelajar antarabangsa, lawatan virtual penstriman langsung, dan menampilkan ‘Pei Fuzhou’, iaitu pemandu digital 3D interaktif masa nyata.
Dengan gabungan peninggalan purba dan teknologi moden, muzium tersebut telah menjadi hab kebudayaan di dalam hab pengangkutan yang penuh sibuk.
- Orang Ramai Tidak Lepaskan Peluang Nikmati Musim Bunga di Xi’an
- Teknologi Perkasa Pengurusan Gandum Musim Bunga di Xi’an
- Budaya Kuplet Berkembang Maju di Kampung Sidi Shaanxi
- Epal Luochuan Dorong Ke Arah Kemakmuran
- Sekilas Pemandangan di Xi’an, Bandar Bertemunya Elemen Tradisi dan Moden
- Dasar Bebas Visa Lonjak Pelancongan Masuk ke Xi’an
- Rantingnya Penuh dengan Epal dan Petani Buah Gembira dengan Hasil Tuaian
- Foto Udara Terusan Zhengguo, Khazanah Pemuliharaan Air Seribu Tahun
- Xi Adakan Tinjauan di Bandar Baoji dan Tianshui
- Xi’an Beri Pengesahan Lawatan Individu Pertama untuk HK, Makau