Provokasi "Kemerdekaan Taiwan" Hanya Akan Musnahkan Diri Sendiri

(CRI)Selasa 15 Julai 2025

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Kanan Jiang Bin pada Isnin memberi amaran keras terhadap tindakan ketenteraan pihak berkuasa Taiwan yang disifatkan sebagai provokasi berbahaya.

Beliau menyatakan bahawa pasukan bersenjata "Kemerdekaan Taiwan" yang berniat mencetuskan kekecohan, hanya akan memusnahkan diri sendiri.

Kenyataan ini disuarakan Jiang Bin dalam sidang media, sebagai respon kepada soalan media mengenai laporan bahawa pasukan pertahanan Taiwan telah menubuhkan unit pertama pelancar roket Mobility Artillery Rocket System (HIMARS) dan meluluskan pembelian 168 unit M109A7 self-propelled howitzer dari Amerika Syarikat (AS).

Jiang berkata tindakan Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah Taiwan, menggunakan wang rakyat untuk membeli senjata buatan AS sebagai "wang perlindungan" adalah satu kesilapan besar.

Tegas beliau, bergantung kepada AS untuk mencapai kemerdekaan dan menentang penyatuan menerusi kekerasan, hanya akan menemui jalan mati.

"Ketegangan situasi di kedua-dua pantai Selat Taiwan berpunca daripada provokasi DPP dengan campur tangan kuasa luar demi kemerdekaan".

Justeru beliau menyeru rakyat Taiwan untuk melihat niat sebenar DPP dan bersama-sama menentang tindakan pemisahan serta memelihara kedamaian dan kestabilan di Selat Taiwan.

Video

Berita Berkaitan