- Lain-lain
China Perkenalkan "Visa ASEAN" untuk 10 Negara ASEAN, Timor-Leste
China memutuskan untuk memperkenalkan "visa ASEAN" untuk 10 negara anggota ASEAN dan Timor-Leste sebagai pemerhati ASEAN.
Ini antara langkah negara ini untuk memudahkan pertukaran lawatan rakyat antara China dengan negara-negara Asia Tenggara, kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar pada Selasa.
Beliau berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan lagi perjalanan rentas sempadan di rantau ini, sebagai tambahan kepada pengecualian visa antara China dengan beberapa negara seperti Singapura, Thailand dan Malaysia, serta program "visa Lancang-Mekong" yang diberikan China untuk pelancong dari negara-negara di lembangan Sungai Mekong.
Mengulas lanjut, Lin berkata pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN kian diperkasakan, manakala usaha bersama untuk membina rumah yang aman, damai, makmur, indah dan bersahabat pun telah mencapai kemajuan penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut beliau, pertukaran lawatan antara rakyat China dengan rakyat negara-negara Asia Tenggara sangat erat, dan kemudahan lebih lanjut dalam pertukaran tersebut merupakan hasrat bersama semua pihak.
Lin berkata, "visa ASEAN" menawarkan visa pelbagai kemasukan selama lima tahun kepada pemohon yang layak melawat China bagi tujuan perniagaan, termasuk pasangan dan anak-anak mereka, dengan tempoh maksimum tinggal sehingga 180 hari.
- China Laksana Dasar Pengecualian Visa untuk Lima Lagi Negara
- Pelancong Antarabangsa Dorong Lonjakan Beli-belah di China
- China Laksanakan Dasar Pengecualian Visa kepada Lima Negara LAC
- China Tambah Baik Dasar Bayaran Balik Cukai Perlepasan
- Brunei Laksana Dasar Bebas Visa untuk Warga China
- Wang Yi Ketengahkan Visi China tentang Matlamat Kerjasama G20
- Pelancong ASEAN Bebas Visa Kumpulan Pertama Tiba di Xishuangbanna
- China akan Laksana Dasar Pengecualian Visa untuk Lebih Banyak Negara
- Impak Dasar Bebas Visa Dorong ‘China Travel’ Jadi Lebih Rancak
- China Lanjutkan Kemudahan Transit Tanpa Visa kepada 240 Jam