Kapal APMM Buat Lawatan Sulung ke China
 |
Agensi penguat kuasa maritim China dan Malaysia mengadakan mesyuarat kerja buat kali pertama di Sanya, provinsi Hainan, selatan China. (Foto ihsan CCG) |
Sebuah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan panji nombor 8035 merapati Pelabuhan Sanya, provinsi Hainan, selatan China, dengan delegasi Malaysia diketuai Mohd Khairi Abd Aziz bagi mengadakan lawatan kerja lima hari mulai 16 Jun.
Pada 18 Jun, Zhao Xuexiang, Timbalan Pengarah Pengawal Pantai China (CCG), mempengerusikan mesyuarat kerja pengawal pantai China-Malaysia pertama bersama-sama dengan ketua delegasi Malaysia.
Kedua-dua pihak bertukar pandangan antaranya mengenai menggalakkan pertukaran kakitangan, perkongsian maklumat, operasi mencari dan menyelamat maritim, penguatkuasaan undang-undang bersama.
Kedua-dua pihak turut sepakat untuk memperdalam lagi kerjasama maritim praktikal, mengukuhkan pertukaran maklumat, mengendalikan kecemasan maritim dengan betul, dan bersama-sama menjaga keselamatan maritim serantau.
Lawatan kali ini menandakan lawatan kapal APMM pertama ke China, sekali gus melakar sejarah buat hubungan dan kerjasama antara agensi penguat kuasa maritim kedua-dua negara dan bersesuaian dengan keperluan untuk mengukuhkan kerjasama maritim yang diusulkan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh China dan Malaysia pada April 2025.
 |
Kapal APMM dengan panji nombor 8035 bersama Kapal Dongmen milik CCG di Pelabuhan Sanya, provinsi Hainan, selatan China. (Foto ihsan CCG) |
 |
Ketibaan delegasi APMM di Sanya disambut hangat. (Foto ihsan CCG) |
 |
Delegasi APMM melawat kapal Dongmen milik CCG. (Foto ihsan CCG) |
 |
Wakil CCG melawat kapal APMM. (Foto ihsan CCG) |
 |
Wakil CCG dan APMM mengadakan perlawanan persahabatan sukan di Sanya. (Foto ihsan CCG) |