Keajaiban Alam, Kuala Sungai di Yunnan Rupa “Stimbot” (3)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 18 Julai 2025
Keajaiban Alam, Kuala Sungai di Yunnan Rupa “Stimbot”
Warna sungai Jinsha dan Hengjiang yang jelas berkontras menghasilkan satu pemandangan semula jadi yang menakjubkan di bandar Shuifu, provinsi Yunnan, barat daya China. (People's Daily Online/Zeng Zhihui)

Tibanya musim banjir ini, muncullah satu fenomena semula jadi yang cukup menarik perhatian di bandar Shuifu, provinsi Yunnan, barat daya China, yang merupakan lokasi kuala sungai Jinsha dan Hengjiang.

Di tempat pertemuan ini, dua batang sungai itu cukup jelas kontrasnya. Sungai Jinsha mengalir tenang dengan rona hijau zamrud, bagaikan sebidang kain sutera yang merentangi landskap sekitar. Sungai Hengjiang pula sangat berbeza, menghempas deras dengan air kuning berlumpur membawa endapan.

Kedua-dua arus ini mengalir seiringan, masing-masing mengekalkan warna sendiri sambil perlahan-lahan bercampur sebati, menghasilkan kesan “stimbot” semula jadi yang salin tak tumpah seperti makanan istimewa China itu yang menyajikan dua kuah dalam satu periuk.

Video

Berita Berkaitan