- Lain-lain
Bunga Teratai Gergasi Kembang Mekar di Yunnan
![]() |
Seorang wanita beretnik Dai sedang bersimpuh di atas daun bunga teratai bersaiz besar. (People’s Daily Online/Zhang Jiaojiao) |
Mutakhir ini, bunga teratai gergasi atau nama saintifiknya Victoria amazonica memasuki tempoh kemuncak untuk dikunjungi para pelawat di Taman Botani Tropika Xishuangbanna, Akademi Sains China di Provinsi Yunnan, barat daya China.
Dalam tempoh tersebut, pengunjung sanggup beratur panjang bagi merasai pengalaman unik ‘berlayar di atas daun’ tatkala mereka duduk di atas daun gergasi bunga itu.
Turut dapat dilihat adalah wanita tempat beretnik Dai yang membuat persembahan tarian elegan di atas daun, sekali gus menambah lagi seri suasana.
Untuk rekod, teratai gergasi turut dikenali sebagai tanaman hiasan akuatik. Diameter daunnya boleh mencapai sehingga 2 meter, dan mampu menampung objek yang seberat sehingga 60 ke 70 kilogram tanpa tenggelam, sekali gus menjadikan ia sebagai kejadian semula jadi yang menakjubkan.
Pada asalnya, ia adalah dari kawasan tropika di Amerika Selatan, dan ia mula diperkenalkan kepada Taman Botani Tropika Xishuangbanna pada 1963. Selepas melalui proses pemupukan selama bertahun-tahun, ia menjadi salah satu tarikan simbolik buat taman tersebut.
![]() |
Seorang wanita beretnik Dai sedang bersimpuh di atas daun bunga teratai bersaiz besar. (People’s Daily Online/Zhang Jiaojiao) |
![]() |
Seorang wanita beretnik Dai sedang menari di atas daun bunga teratai bersaiz besar. (People’s Daily Online/Zha Wei) |
![]() |
Foto menunjukkan bunga teratai gergasi memasuki tempoh kemuncak untuk tontonan di Taman Botani Tropika Xinshuangbanna di Akademi Sains China. (People’s Daily Online/Zhang Jiaojiao) |
![]() |
Foto menunjukkan bunga teratai gergasi memasuki tempoh kemuncak untuk tontonan di Taman Botani Tropika Xinshuangbanna di Akademi Sains China. (People’s Daily Online/Zhang Jiaojiao) |
- Teknologi Tinggi Dipamerkan Semasa Ekspo China-Asia Selatan ke-9 di Kunming
- Kaktus Ubah Bukit Tandus Jadi Pemandangan Penuh Kehijauan
- Musim Hujan, Musim Cendawan Liar Yunnan
- Alami Pesona Semula Jadi Yunnan
- Bunga Keratan Segar Lonjak Pendapatan Pekebun di Yunnan
- Yunnan Perkenal Lebih 1,000 Jenis Baru Mawar China
- Sekilas Pandang Tradisi Tangkap Ikan di Yunnan
- Ekosistem Pertanian Berusia 1,300 Tahun Bersinar di Yunnan
- Persediaan Membajak Musim Bunga Ubah Pemandangan Sawah Teres di Yunnan
- Pinggan Mangkuk Meja Mesra Alam Sekitar Diperbuat Daripada Hampas Tebu di Yunnan Terkenal di Luar Negara