Kaktus Ubah Bukit Tandus Jadi Pemandangan Penuh Kehijauan

Kaktus Ubah Bukit Tandus Jadi Pemandangan Penuh Kehijauan
Foto memperlihatkan kaktus di sebuah pangkalan penanaman di kumpulan kampung Zhuangzitian, bandar Wenshan, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Yin Xin)

Kumpulan kampung Zhuangzitian di bandar Wenshan, Provinsi Yunnan, barat daya China, mempunyai landskap karst yang tipikal.

Dengan lebih 85 peratus tanahnya mengalami penggurunan yang tidak selamat dan kurang daripada 1.9 mu (0.13 hektar) tanah suai tani, sekali gus menjadikan usaha pertanian sangat sukar pada satu ketika dahulu.

Pemupukan kaktus berskala besar bukan sahaja dilihat berjaya menangani isu penggurunan yang berbahaya, malah mengubah bukit yang dahulunya tandus menjadi tanah yang bernilai, serta mendorong penduduk kampung untuk melancarkan semua perniagaan masing-masing.

“Satu mu kaktus bersamaan dengan membawa lebih RMB10,000 (sekitar AS$1,392) daripada pad dan buahnya,” ujar Tang Tianzhang, 69, salah seorang penduduk kampung yang pertama di Zhuangzitian yang menanam kaktus.

Bagi menggalakkan pembangunan yang kolektif, Zhuangzitian telah menubuhkan satu bentuk kerjasama. Dengan sokongan kerajaan, kumpulan kampung tersebut telah membina bengkel, memasang peralatan cucian kering dan pengisih, dan menambah penyimpan sejuk.

Menjelang penghujung 2024, Zhuangzitian mempunyai 5,000 mu kaktus yang sedang dipupuk dan penduduk tempatan telah menjual 7 tan bunga kaktus kering, 3,500 tan anak benih kaktus, dan 650 tan buah kaktus, yang seterusnya menjana RMB10.88 juta pulangan hasil.

Kini, pendapatan tahunan purata penduduk kampung telah meningkat daripada hanya RMB8,000 kepada RMB23,6000.

Foto kaktus di sebuah pangkalan penanaman di kumpulan kampung Zhuangzitian, bandar Wenshan, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Yin Xin)
Foto kaktus di sebuah pangkalan penanaman di kumpulan kampung Zhuangzitian, bandar Wenshan, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Yin Xin)
Penduduk kampung memeriksa kaktus di sebuah pangkalan penanaman di Zhuangzitian, bandar Wenshan, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Yin Xin)
Seorang kampung mengisih bunga kaktus kering di kumpulan kampung Zhuangzitian, bandar Wenshan, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Yin Xin)
Penduduk kampung memeriksa kaktus di sebuah pangkalan penanaman di Zhuangzitian, bandar Wenshan, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Yin Xin)
Penduduk kampung membungkus pad kaktus kering ke dalam beg di kampung Zhuangzitian, bandar Wenshan, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Yin Xin)
Pangkalan penanaman kaktus menyediakan ruang bersiar-siar di kampung Zhuangzitian, bandar Wenshan, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Yin Xin)
Foto memperlihatkan pemandangan sudut udara kampung Zhuangzitian di bandar W enshan, Provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Fu Hao)

Video

Berita Berkaitan