Pekan di Fujian Bangunkan Industri Dron yang Sedang Berkembang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 29 Julai 2025
Pekan di Fujian Bangunkan Industri Dron yang Sedang Berkembang
Golongan muda mempelajari tentang cara-cara untuk mengendalikan dron di pangkalan penerbangan pekan dron Rongchuanghui di Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Fuzhou di Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Lan Zhifei)

Di pangkalan penerbangan pekan dron Rongchuanghui di Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Fuzhou di Provinsi Fujian, tenggara China, beberapa peminat dron yang terdiri daripada golongan muda dilihat sedang mengendalikan dron masing-masing dengan penuh mahir menerusi alat kawalan jauh.

“Seiring dengan percutian musim panas, kami melihat ramai kanak-kanak yang turut sama menyertai sesi latihan dron,” ujar Zhu Tianbao, pengarah jabatan pendidikan di pekan dron tersebut.

Sebagai taman demonstrasi ekonomi beraltitud rendah yang pertama di Fujian, pekan dron itu mencakupi kawasan seluas 137,000 meter persegi. Ia mempunyai trek perlumbaan FPV (pemandangan orang pertama) standard antarabangsa seluas 10,000 meter persegi dan juga fasiliti latihan seluas 3,000 meter persegi yang diperakui oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC). Pekan itu juga menawarkan latihan penerbangan dron sistematik yang diperakui oleh CAAC.

Setakat ini, pekan itu telah melatih hampir 200 juruterbang dron berkemahiran untuk pelbagai industri. Ia juga telah diserap masuk ke dalam program pembelajaran sekolah rendah dan menengah di serata Fujian. Pekan itu dijangka untuk menerima antara 20,000 dan 50,000 pelajar setiap tahun untuk pengalaman pembelajaran secara langsung.

Sejak dilancarkan pada September tahun lalu, pengaplikasian dron telah pesat berkembang di situ antaranya menghantar bungkusan berjarak lebih 1.1 kilometer dalam tempoh 4 minit sahaja, memantau dan mengawal sungai 24 jam sehari, memadam kebakaran pada bangunan setinggi 130 meter tinggi, dan menambah baik sistem keselamatan beraltitud rendah.

Dron mengambil bahagian dalam latihan kebakaran di bangunan setinggi 130 meter di Zon Pembangunan Industri Teknologi Tinggi Fuzhou di Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Xie Xingyu)
Foto memperlihatkan dron dan sistem dron dipamerkan di sebuah pameran pempopularan sains di Fuzhou, Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Yang Haoyu)
Satu projek penghantaran darah pintar, dikuasakan oleh data dan dron didorong AI, mampu terbang di udara untuk menghantar darah kecemasan kepada hospital dalam tempoh 15 minit sahaja. (People’s Daily Online/Yang Haoyu)

Video

Berita Berkaitan