Wang Yi Bertemu Delegasi Majlis Perniagaan AS-China

(CRI)Khamis 31 Julai 2025

China bersedia bersama Amerika Syarikat (AS) untuk mengukuhkan hubungan, mengelakkan salah anggap, mengawal perselisihan dan meneroka kerjasama bagi mendorong ikatan bilateral berkembang stabil, sihat dan mampan.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi semasa bertemu delegasi Lembaga Pengarah Majlis Perniagaan AS-China (USCBC) di Beijing pada Rabu.

Beliau berharap agar komuniti perniagaan AS terus memberi sumbangan positif kepada perkembangan hubungan China-AS dan jalinan persahabatan dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, delegasi USCBC komited terus mengembangkan perniagaan di China khususnya memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, inovasi teknologi, pembangunan hijau dan perubatan, sekali gus menyumbang kepada perkembangan hubungan dua negara yang lebih kukuh, seimbang dan saling untung.

Video

Berita Berkaitan