- Lain-lain
Tinjauan Pendapat CGTN: 90% Pilih Dialog bagi Penyelesaian Pertikaian Perdagangan China-AS
Panggilan telefon pertama antara pemimpin China dengan Amerika Syarikat (AS) turut menjadi tumpuan global selepas perbincangan ekonomi dan perdagangan peringkat tinggi kedua-dua negara di Geneva tidak lama dahulu.
Tinjauan pendapat yang dijalankan oleh China Global Television Network (CGTN) di bawah Kumpulan Media China (CMG) dalam kalangan pengguna internet global telah menunjukkan bahawa 74.7 peratus responden percaya panggilan telefon tersebut memberi isyarat positif tentang kemungkinan kedua-dua negara China dan AS kembali ke landasan betul untuk meredakan pertikaian perdagangan serta mendorong pemulihan hubungan bilateral.
Ketua pegawai ekonomi dan perdagangan dari China dan AS pernah mengadakan pertemuan di Geneva pada sebulan lalu, yang menandakan langkah penting bagi penyelesaian isu berkaitan melalui dialog dan rundingan dan turut mendapat sambutan baik di masyarakat antarabangsa.
Dalam tinjauan pendapat tersebut, 93.3 peratus responden berpendapat bahawa dialog dan kerjasama merupakan satu-satunya pilihan yang tepat untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan antara China dan AS. Manakala, 94 peratus responden pula percaya kedua-dua pihak perlu mengambil sikap yang saksama, menghormati keprihatinan masing-masing dalam menyelesaikan pertikaian perdagangan dan memperjuangkan matlamat yang bersifat sama menang.
Sejak berakhirnya perbincangan peringkat tinggi itu, China telah melaksanakan perjanjian terbabit dengan penuh kesungguhan. Mengenai hal ini, 95.7 peratus responden berpendapat bahawa AS perlu mematuhi konsensus yang dicapai oleh kedua-dua negara dalam menyelesaikan pertikaian perdaganga di samping melaksanakan perjanjian yang termeterai dalam perbincangan di Geneva.
Menurut tinjauan pendapat tersebut, 95.5% responden berpendapat bahawa hubungan baik China-AS harus berasaskan rasa saling menghormati dan kesaksamaan, serta menghormati kepentingan dan keprihatinan utama milik pihak masing-masing.
97% responden pula percaya hubungan China-AS bukanlah permainan campur-tolak (zero-sum game). Sebarang niat untuk mengubah atau menyekat pihak lain adalah tidak realistik. Pada masa yang sama, pembangunan pihak mana-mana pun tidak sepatutnya dilakukan dengan mengorbankan hak dan kepentingan rasional pihak lain.
Selain itu, terdapat 90.6% responden berharap China dan AS terus mengekalkan komunikasi, mengurangkan salah faham dan salah anggapan, dan memulihkan kestabilan hubungan bilateral daripada kemerosotan malah kembali ke landasan pembangunan yang sihat dan stabil dengan secepat mungkin.
Tinjauan pendapat kali ini dikeluarkan CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia. Dalam tempoh 12 jam, seramai 5,610 responden telah mengambil bahagian dalam kaji selidit berkenaan dan menyuarakan pandangan masing-masing.
- Xi, Trump Bincang Hubungan Dua Hala Melalui Panggilan Telefon
- Naib Presiden China Han Zheng Temui Delegasi AS bagi Dialog Peringkat Tinggi Landasan Dua China-AS
- Wang Yi Terima Kunjungan Duta Besar Baharu AS ke China
- Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS Capai Kemajuan Signifikan
- Rundingan Perdagangan Peringkat Tinggi China-AS Berlangsung
- Wang Yi Bertemu Naib Pengerusi Eksekutif NCUSCR
- Wang Yi Ulangi Dasar China terhadap AS
- Xi Balas Kad Selamat TBC kepada Sahabat dari AS
- China, AS Patut Cari Cara Pergaulan Betul Bagi Era Baharu - Wang Yi
- Han Zheng Hadir Upacara Angkat Sumpah Trump