Roket Pembawa Long March-12 Berjaya Hantar Kumpulan Satelit Internet ke Angkasa (2)

(CRI)Selasa 05 Ogos 2025
Roket Pembawa Long March-12 Berjaya Hantar Kumpulan Satelit Internet ke Angkasa

China berjaya melancarkan roket pembawa Long March-12 pada Isnin, menghantar sekumpulan satelit internet ke angkasa.

Roket berkenaan dilancarkan dari tapak pelancaran aeroangkasa komersial Hainan, selatan China pada 6.21 petang, menghantar satelit internet orbit rendah kumpulan ke-7 ke orbit yang ditetapkan.

Pelancaran kali ini dijalankan di stesen 2 tapak pelancaran aeroangkasa komersial Hainan. Sebelum ini, misi pelancaran roket pembawa Long March 8A telah berjaya dilakukan di stesen 1 pada 30 Julai lalu.

Dua kali pelancaran dalam waktu yang singkat tersebut sekali gus membuktikan daya pelancaran berkepadatan tinggi di tapak pelancaran tersebut.

Tapak pelancaran aeroangkasa komersial Hainan merupakan tapak pelancaran aeroangkasa komersial pertama di China. Dua stesen pelancaran yang sudah dibina di tapak itu masing-masing digunakan sejak 30 November 2024 dan 12 Mac 2025.

Video

Berita Berkaitan