- Lain-lain
Roket Pembawa Long March-12 Berjaya Hantar Kumpulan Satelit Internet ke Angkasa
China berjaya melancarkan roket pembawa Long March-12 pada Isnin, menghantar sekumpulan satelit internet ke angkasa.
Roket berkenaan dilancarkan dari tapak pelancaran aeroangkasa komersial Hainan, selatan China pada 6.21 petang, menghantar satelit internet orbit rendah kumpulan ke-7 ke orbit yang ditetapkan.
Pelancaran kali ini dijalankan di stesen 2 tapak pelancaran aeroangkasa komersial Hainan. Sebelum ini, misi pelancaran roket pembawa Long March 8A telah berjaya dilakukan di stesen 1 pada 30 Julai lalu.
Dua kali pelancaran dalam waktu yang singkat tersebut sekali gus membuktikan daya pelancaran berkepadatan tinggi di tapak pelancaran tersebut.
Tapak pelancaran aeroangkasa komersial Hainan merupakan tapak pelancaran aeroangkasa komersial pertama di China. Dua stesen pelancaran yang sudah dibina di tapak itu masing-masing digunakan sejak 30 November 2024 dan 12 Mac 2025.
- Roket Pembawa Long March-8 Berjaya Dipindahkan ke Tapak Pelancaran
- Roket Long March 5-Y8 Bersiap untuk Misi Chang'e-6
- Roket Pembawa Zhuque-2 Y3 Siap untuk Dilancarkan
- China Berjaya Lancarkan Satelit Eksperimen Teknologi
- Roket Pembawa Long March-4C Selesaikan Misi ke-100
- China Berjaya Lancarkan Roket Pembawa Zhuque-2
- Roket Pembawa Y7 Tiba di Tapak Pelancaran
- Roket Baharu China Bawa Manusia ke Bulan pada 2027
- Roket Long March-7A Berjaya Dilancarkan
- Airshow China ke-14 Pamer Alat Penerbangan Ciptaan China