Penternakan Ulat Sutera Sumbang Kemakmuran Buat Kuanti Yanchuan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 05 Ogos 2025

Di bawah cuaca nan panas terik, sebuah tapak pengumpulan kokun ulat sutera di kaunti Yanchuan, bandar Yan’an, Provinsi Shaanxi di barat laut China sibuk dengan aktviti seiring dengan petani yang meraikan musim penuh kejayaan.

“RMB68 (sekitar AS$9.47) setiap kilogram! Kokun tahun ini sangat berkualiti denga harga yang lebih tinggi,” ujar Xiao Ganliang, seorang pembeli dari Provinsi Jiangsu, di timur China, yang kata-katanya telah berjaya mengukir senyuman besar dalam kalangan petani ulat sutera.

Foto memperlihatkan kokun ulat sutera di kampung Wangjiagou di pekan Guanzhuang di kaunti Yanchuan, bandar Yan’an, Provinsi Shaanxi di barat laut China. (People’s Daily Online/Li Zhiqiang)

Foto memperlihatkan kokun ulat sutera di kampung Wangjiagou di pekan Guanzhuang di kaunti Yanchuan, bandar Yan’an, Provinsi Shaanxi di barat laut China. (People’s Daily Online/Li Zhiqiang)

“Daun mulberi kami mempunyai kualiti yang lebih baik, dengan protein, lemak dan kandungan gula boleh larut melebihi daripada kawasan selatan. Keadaan suhu kami terbukti sesuai untuk menternak ulat sutera yang besar," kata seorang pegawai dari biro pertanian dan hal ehwal luar bandar kaunti itu.

Perkembangan pesat industri ulat sutera di kaunti itu, yang terletak di Dataran Tinggi Loess, berkait rapat dengan asas industri yang kukuh, sokongan dasar yang teguh dan pendekatan pembangunan yang inovatif.

Antara 2018 dan 2021, kaunti Yanchuan melancarkan projek perintis untuk penanaman mulberi dan penternakan ulat sutera di kampung Yangjiaping, pekan Guanzhuang, yang seterusnya mencapai hasil yang luar biasa dan meletakkan asas untuk pengembangan.

Dengan kejayaan tersebut, kaunti itu mengorak langkah dengan melancarkan pembangunan komprehensif industri ulat sutera pada 2022. Ia mengeluarkan pelan pelaksanaan khusus untuk menyokong pembangunan serikultur kampung yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi, memperkenalkan dasar keutamaan meliputi penanaman anak pokok dan pembangunan kokun. Inisiatif ini membolehkan petani tempatan menternak ulat sutera di kediaman gua tradisional mereka dan mengejar kemakmuran.

Di pangkalan serikultur di kampung Wangjiagou, pekan Guanzhuang, ketua Parti, Feng Liping memudahkan keperluan teknikal yang kompleks untuk pemeliharaan ulat sutera menjadi panduan praktikal yang mudah difahami untuk penduduk tempatan.

Petani mengutip daun mulberi di kaunti Yanchuan, bandar Yan’an, Provinsi Shaanxi di barat laut China. (People’s Daily Online/Li Zhiqiang)

Petani mengutip daun mulberi di kaunti Yanchuan, bandar Yan’an, Provinsi Shaanxi di barat laut China. (People’s Daily Online/Li Zhiqiang)

Kampung itu menyaksikan satu peristiwa penting pada September 2024, iaitu apabila kumpulan pertama telur ulat sutera dihantar ke kediaman gua untuk diternak oleh petani.

“Pada mulanya, penduduk kampung mempunyai banyak kebimbangan, antaranya sama ada mereka boleh menternak ulat sutera dengan jayanya, memperoleh pulangan yang lumayan dan mengakses pasaran yang boleh dipercayai. Jadi, saya memutuskan untuk memimpin melalui teladan dan memperoleh lebih RMB6,700 daripada penternakan ulat sutera,” kata Feng.

Jelas Feng, selepas penduduk kampung menyaksikan pulangan yang lumayan, mereka beransur-ansur menyertai inisiatif itu dan pada tahun ini, enam lagi isi rumah telah mula belajar cara menternak ulat sutera.

Penternakan ulat sutera memerlukan perhatian yang teliti terhadap perincian, bukan sahaja memerlukan bekalan daun mulberi yang berterusan, tetapi juga kawalan ketat terhadap suhu dan kelembapan dalam kokun.

Pada penghujung Julai, Liu Yanfen, timbalan pengarah pusat penternakan dan veterinar kaunti itu, bekerja tanpa mengenal penat dan lelah di taman mulberi dan kokun, membimbing petani tentang amalan pengurusan saintifik termasuk pemangkasan, pengairan dan pengurusan baja, serta kaedah kawalan perosak yang mesra alam.

Petani memuatkan kokun ulat sutera yang dibeli oleh pembeli dari Provinsi Jiangsu di timur China ke atas trak di tapak pengumpulan kokun ulat sutera di kaunti Yanchuan, bandar Yan'an, Provinsi Shaanxi di barat laut China. (Foto ihsan pusat media kaunti Yanchuan)

Petani memuatkan kokun ulat sutera yang dibeli oleh pembeli dari Provinsi Jiangsu di timur China ke atas trak di tapak pengumpulan kokun ulat sutera di kaunti Yanchuan, bandar Yan'an, Provinsi Shaanxi di barat laut China. (Foto ihsan pusat media kaunti Yanchuan)

Faedah yang jelas terpampang dalam industri ulat sutera telah mengubah mata pencarian tempatan dengan cara yang luar biasa.

“Tahun ini saya menuai 302.5 kilogram kokun dan memperoleh lebih RMB20,000,” kata seorang petani, Zhang Weisheng.

Sehingga kini, daerah itu telah mengekalkan 16,000 mu (kira-kira 1,067 hektar) taman mulberi, disokong oleh 18 buah kelapa milik kumpulan kampung dan dilengkapi dengan 1,350 rak ulat sutera dan 256 mesin khusus. Sistem pengairan titisan turut dipasang di taman mulberi di enam buah kampung.

Pada 2025, keluaran kepompong daerah itu dijangka mencecah 60 tan, dengan unjuran hasil melebihi RMB5 juta.

Video

Berita Berkaitan