Sukan Robot Humanoid Dunia Pertama akan Berlangsung di Beijing

(CRI)Rabu 06 Ogos 2025

Sukan Robot Humanoid Dunia pertama akan berlangsung di Beijing pada 14 hingga 17 Ogos 2025.

Sukan robot anjuran bersama kerajaan bandar Beijing dan Kumpulan Media China (CMG) itu akan diadakan di Stadium Luncur Pecut Nasional Beijing, yang lebih dikenali dengan nama "Reben Ais".

Tiket bagi upacara perasmian sukan itu khususnya pakej keluarga amat laris dijual.

Lebih 100 pasukan dari serata dunia akan mengikuti sukan robot humanoid pertama di dunia itu.

Kini, kebanyakan pasukan sudah sampai di Beijing untuk mengadakan ujian di venue berkenaan.

Video

Berita Berkaitan