Seminar Ahli Parlimen ASEAN ke-2 Melabuhkan Tirai di Kunming

(CRI)Rabu 06 Ogos 2025

Seminar Ahli Parlimen ASEAN kali kedua telah melabuhkan tirainya di bandar Kunming, provinsi Yunnan pada Selasa.

Seminar yang bertemakan "Memperkasa Interaksi dan Kerjasama antara Badan Perundangan, Memacu Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN ke Arah Lebih Akrab" ini telah menarik penyertaan 23 ahli parlimen dan pegawai kanan dari lima negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Kemboja, Laos, Thailand dan Vietnam.

Sepanjang seminar berlangsung, para peserta telah melawat tiga bandar utama di China iaitu Beijing, Nanjing dan Kunming, bagi meninjau pelbagai projek berkaitan pembangunan di kawasan luar bandar, kesalinghubungan, teknologi canggih, ekonomi digital, pelancongan budaya, dan pusat perhubungan perundangan di peringkat akar umbi.

Lawatan ini telah memberi pendedahan dan gambar menyeluruh kepada para peserta mengenai kemajuan pembangunan ekonomi dan sosial di China.

Selain itu, peserta turut menyertai sesi seminar yang membincangkan pengalaman dan amalan dalam memajukan pembangunan ekonomi, politik, budaya, sosial dan pembinaan tamadun ekologi, dan bertukar-tukar pandangan secara mendalam dengan ketua-ketua jabatan, pakar dan sarjana tempatan.

Video

Berita Berkaitan