“Selamat Menonton Liga Bola Sepak Bandar Jiangsu!”- Xuzhou (4)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 07 Ogos 2025
“Selamat Menonton Liga Bola Sepak Bandar Jiangsu!”- Xuzhou
Satu perlawanan bola sepak berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Xuzhou, Provinsi Jiangsu, timur China pada 2 Ogos 2025. (People’s Daily Online/Yu Liang)

Pada 2 Ogos, lebih daripada 30,000 peminat bola sepak menyerbu Pusat Sukan Olimpik Xuzhou, untuk menyaksikan pusingan kelapan Liga Bola Sepak Bandar Jiangsu 2025, atau turut dikenali sebagai ‘Su Chao’.

Para penyokong, termasuk sebahagian besar yang datang dari Yangzhou untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka, turut mengambil peluang, menerokai suasana budaya Xuzhou yang penuh hidup, merasai hidangan tempatan, dan melawat tarikan utama bandar itu.

Acara tersebut yang dipromosikan sebagai pameran bola sepak dan budaya serantau telah mendorong penggunaan dan pelancongan tempatan. Bandar itu menawarkan tiket yang diberi potongan harga, selain pengangkutan awam yang mudah sebagai tanda alu-aluan kepada pengunjung.

“Su Chao bukan sekadar dua pasukan yang bertanding,” kata seorang penduduk tempatan, Zhang Yuheng.

Alvaro Lago dari Sepanyol, yang turut menyertai untuk memberi semangat kepada pemain dari bangku penonton menyifatkan ia sebagai pertukaran emosi dan budaya antara kedua-dua bandar

Video

Berita Berkaitan