- Lain-lain
Cubaan Israel Duduki Gaza Mesti Ditolak Sekeras-kerasnya: Duta China
Cubaan Israel untuk menduduki Semenanjung Gaza mesti ditolak sekeras-kerasnya, kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong.
Gesaan itu dibuat Fu semasa sesi tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Ahad susulan Kabinet Keselamatan Israel meluluskan rancangan pengambilalihan kawalan ke atas Bandar Gaza.
Fu berkata Gaza adalah milik rakyat Palestin dan merupakan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah Palestin. Sebarang cubaan untuk mengubah komposisi demografi atau struktur wilayah Gaza mesti ditentang dengan tegas.
Beliau menggesa supaya kerajaan Israel mendengar suara masyarakat antarabangsa dan rakyat di dalam negeri, menghentikan serta-merta segala tindakan yang boleh meruncingkan ketegangan dan menamatkan operasi ketenteraan terhadap Gaza.
Katanya, negara-negara yang mempunyai pengaruh besar terhadap pihak-pihak terbabit perlu menunjukkan sikap yang adil dan bertanggungjawab serta mengambil tindakan praktikal untuk mendorong pelaksanaan gencatan senjata.
Fu turut mendesak agar Israel memenuhi kewajipannya sebagai kuasa pendudukan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, membuka semua lintasan sempadan dan menarik balik sekatan ke atas akses bekalan bantuan.
Beliau berkata masyarakat antarabangsa harus melipatgandakan usaha bagi mempercepat pelaksanaan formula 'penyelesaian dua negara' dan bersama-sama menentang sebarang tindakan unilateral yang menjejaskan asas formula berkenaan.
- IFRC Kutuk Serangan Menyasar Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza
- Persidangan PBB mengenai Pelaksanaan 'Penyelesaian Dua Negara' Berakhir
- Indonesia Kutuk Serangan Udara Israel di Gaza
- China Tolak Keras Salah Guna Bantuan Kemanusiaan
- AS Sekali Lagi Guna Kuasa Veto Terhadap Draf Resolusi Gencatan Senjata di Gaza
- Setiausaha Agung PBB Kutuk Pembunuhan Rakyat Palestin
- Gencatan Senjata di Gaza Perlu Disegerakan: Duta China
- Hampir 64 Peratus Bekalan Peralatan Perubatan Kehabisan di Gaza
- Lebih 140 Maut dalam Serangan Udara Israel di Gaza
- AL Seru Hentikan Perang di Gaza, Menentang Dakwaan Pindahkan Rakyat Palestin