IFRC Kutuk Serangan Menyasar Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza

(CRI)Selasa 05 Ogos 2025

Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Ahad mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan yang menyasarkan ibu pejabat Bulan Sabit Merah Palestin yang terletak di Khan Yunis di Gaza.

IFRC turut menggesa semua pihak untuk melindungi orang awam serta petugas kemanusiaan, selain menghormati lambang Bulan Sabit Merah.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, lambang Bulan Sabit Merah sepatutnya memberi perlindungan kepada petugasnya, sebaliknya sejak tercetusnya konflik baharu Palestin-Israel pada 7 Oktober 2023, seramai 51 kakitangan dan sukarelawan Bulan Sabit Merah Palestin terkorban, termasuk 31 orang yang memakai lambang rasmi Bulan Sabit Merah ketika menjalankan tugasan.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa sebarang serangan yang menyasarkan bangunan atau petugas Bulan Sabit Merah adalah serangan ke atas bantuan kemanusiaan.

Untuk rekod, Israel telah melancarkan serangan terhadap ibu pejabat Bulan Sabit Merah Palestin yang terletak di Khan Yunis, mengakibatkan seorang maut dan tiga lagi cedera, serta kebakaran di tingkat satu bangunan pejabat tersebut.

Video

Berita Berkaitan