Trump Umum Langkah Baharu, Pindahkan Gelandangan dari Ibu Negara

(CRI)Isnin 11 Ogos 2025

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad menyatakan bahawa pelbagai langkah akan diumumkan dalam sidang media pada Isnin bagi menjadikan Washington DC “lebih selamat dan lebih indah berbanding dahulu”.

"Gelandangan perlu keluar segera. Kerajaan akan menyediakan tempat tinggal kepada mereka, tetapi jauh dari ibu negara," kata Trump melalui ciapannya di media sosial.

Selain itu Trump turut menyatakan bahawa penjenayah tidak perlu keluar kerana mereka akan terus dimasukkan ke dalam penjara.

Tegasnya, langkah tersebut akan dilaksanakan dengan "amat pantas", dan membandingkannya dengan kawalan ketat di kawasan sempadan yang dilaksanakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Trump berkata hasil daripada langkah tersebut, jumlah pendatang tanpa izin telah dikurangkan daripada jutaan ke sifar hanya dalam tempoh beberapa bulan.

Video

Berita Berkaitan