- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah atas Ulang Tahun ke-60 Republik Singapura
Presiden China, Xi Jinping mengucap tahniah kepada rakan jawatnya dari Singapura, Tharman Shanmugaratnam sempena ulang tahun ke-60 Republik itu.
Xi menyatakan, China dan Singapura sebagai dua negara yang berjiran merupakan rakan kongsi yang penting antara satu sama lain. Sejak hubungan diplomatik diikat pada 35 tahun yang lalu, kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang menjadi semakin produktif.
Xi menyatakan beliau amat mementingkan perkembangan hubungan dengan Singapura, berharap kedua-dua pihak berusaha bersama untuk mencapai lonjakan yang lebih besar dalam menggalakkan perkongsian yang berkualiti tinggi dan menyasarkan masa depan, demi membawa lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara serta menyuntik tenaga positif kepada kedamaian dan kemakmuran serantau.
- Menteri Luar China Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-60 Singapura
- PM China Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-60 Singapura
- Singapura Sokong Dasar Satu China dan Menentang "Kemerdekaan Taiwan"
- Xi Terima Kunjungan PM Singapura
- PM Li Adakan Perbincangan Dengan PM Singapura
- Lawatan Lawrence Wong Diharap Perkukuh Hubungan China-Singapura: MFA
- PM Singapura Lawat China Mulai Ahad
- PM Li Qiang Ucap Tahniah kepada Lawrence Wong atas Penggal Kedua PM Singapura
- China, Singapura Adakan Latihan Tentera Laut Bersama
- Han Zheng Bertemu TPM Singapura