PM Li Adakan Perbincangan Dengan PM Singapura

PM Li Adakan Perbincangan Dengan PM Singapura
Perdana Menteri China, Li Qiang mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, di Dewan Besar Rakyat di Beijing, ibu kota China pada 23 Jun 2025. (Xinhua/Li Xiang)

Pada Isnin, Perdana Menteri China, Li Qiang telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong di Beijing, yang ketika ini sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China.

Menyentuh tentang hubungan China dan Singapura yang merupakan jiran baik dan rakan penting, Li berkata bahawa di bawah pimpinan strategik kedua-dua negara, persahabatan tradisional antara China dan Singapura telah diperdalam secara berterusan sejak penubuhan hubungan diplomatik pada 35 tahun yang lalu, dengan hubungan dua hala yang telah ditambah baik dan kerjasama praktikal telah membuahkan hasil.

Beliau berkata, China bersedia untuk bekerjasama dengan Singapura, bagi menjunjung tradisi saling menghormati dan percaya, manfaat bersama dan kesaksamaan, sambil mengekalkan pertukaran bertaraf tinggi yang rapat, memperbaiki komunikasi strategik dan menyatukan saling kepercayaan dalam politik.

Kata Li, China teguh bersedia untuk memanfaatkan mekanisme kerjasama dua halanya dengan Singapura, melaksanakan pelan kerjasama untuk pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan, serta mengembangkan dan memperkuat lagi projek kerjasama.

Jelasnya, China juga bersedia untuk meningkatkan skala perdagangan dan pelaburan dua hala, secara aktif mengembangkan kerjasama dalam pasaran pihak ketiga, dan memupuk inisiatif kerjasama baharu dalam bidang seperti ekonomi digital, ekonomi hijau, kecerdasan buatan, bandar pintar dan tenaga samudera.

Li turut menyeru agar kedua-dua negara untuk memperkukuh pertukaran dalam pendidikan, budaya, pelancongan dan media, selain mematuhi falsafah wilayah terbuka dan multilateralisme sebenar, secara aktif menggalakkan liberalisasi serta kemudahan perdagangan dan pelaburan, sambil mengekalkan kestabilan dan kelancaran operasi perindustrian dan rantaian bekalan global.

Menurut Perdana Menteri China itu lagi, pihaknya bersedia bekerjasama dengan negara anggota ASEAN, termasuk Singapura, bagi mempromosikan tandatangan pakatan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0 yang dinaik taraf tepat pada masanya dan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau yang berkualiti tinggi, dan mempercepatkan proses integrasi ekonomi serantau.

Sementara itu, Wong pula berkata pihaknya berharap dapat mengekalkan pertukaran dan kerjasama peringkat tinggi yang erat dalam pelbagai bidang dengan China, memperdalam persahabatan dan saling mempercayai, dan mempromosikan projek kerjasama unggul seperti Taman Perindustrian Suzhou.

Beliau juga bersedia untuk meneroka potensi kerjasama dalam bidang baru muncul seperti ekonomi digital, ekonomi hijau, kecerdasan buatan dan bioperubatan, serta mengembangkan kerjasama pihak ketiga dan meningkatkan pertukaran rakyat dengan rakyat dan budaya.

Wong menyatakan bahawa Singapura mempunyai yakin utuh terhadap ekonomi China, dan bersedia untuk meningkatkan komunikasi dan kerjasama dengan China dalam platform serantau dan pelbagai hala untuk melindungi perdagangan bebas dan sistem perdagangan multilaterisme.

Perdana Menteri China, Li Qiang mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, di Dewan Besar Rakyat di Beijing, ibu kota China pada 23 Jun 2025. (Xinhua/Liu Bin)

Video

Berita Berkaitan