- Lain-lain
Xi Terima Kunjungan PM Singapura
![]() |
Presiden China, Xi Jinping telah menerima kunjungan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong yang berada dalam jadual lawatan rasmi di Beijing pagi tadi.
Xi terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Lawrence Wong atas kemenangannya dalam pemilihan untuk melanjutkan penggal perkhidmatan, dan menekankan bahawa China dan Singapura perlu memanfaatkan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik kedua-dua negara, sentiasa saling memahami dan menghormati sehingga menyediakan asas kukuh bagi pembangunan hubungan bilateral berkembang ke arah yang mantap dan sihat.
"Kerjasama kedua-dua negara yang selaras dengan hala tuju dan keutamaan pembangunan China pada pelbagai fasa, telah membuahkan hasil yang signifikan seperti Taman Perindustrian Suzhou. Ini bukan sahaja menyumbang besar kepada pembinaan modenisasi di negara masing-masing, malah juga boleh dijadikan rujukan bagi kerjasama negara-negara serantau.
"China dan Singapura perlu sentiasa melihat dan membangun hubungan dua hala dari perspektif strategik dan jangka masa panjang, memperkukuh asas politik untuk mengekalkan persahabatan, menyokong dan mengambil kira kepentingan teras dan keprihatinan utama masing-masing serta terus memupuk rasa saling percaya dari segi politik demi pembangunan hubungan kedua-dua negara," kata Xi.
"Singapura dialu-alukan untuk terus melibatkan diri dalam pembangunan China secara mendalam. Kedua-dua pihak perlu mendorong pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memperjuangkan matlamat dalam pelaksanaan projek ikonik dalam bidang ekonomi digital, pembangunan hijau dan AI. Selain itu, perlu menggalakkan rakyat kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dalam merancakkan pertukaran sosiobudaya.
"China bersedia bekerjasama dengan Singapura untuk menyokong amalan multilateral dunia yang adil dan teratur, globalisasi ekonomi yang inklusif dan saksama sehingga membawa prospek cerah kepada dunia ini ketika berkembang ke arah yang aman, selamat, makmur dan maju," tambah beliau.
Sementara itu, Lawrence Wong pula berkata, semua pemimpin Singapura penggal-penggal lalu sangat mementingkan hubungan dengan China. Singapura konsisten dalam melaksanakan dasar Satu China dan menentang "kemerdekaan Taiwan".
Menurut Wong, sempena ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik kedua-dua negara, Singapura bersedia memanfaatkan sepenuhnya peluang yang dibawa oleh kemakmuran dan pembangunan China, memperluas perdagangan dan pelaburan dua hala, mengembangkan kerjasama dalam bidang ekonomi digital, AI dan tenaga boleh baharu, meningkatkan pertukaran sosiobudaya dan mendorong hubungan Singapura-China mencapai kemajuan lebih besar.
Menghadapi situasi antarabangsa yang tidak menentu, Singapura bersedia bekerjasama dengan China melindungi amalan multilateralisme dan tata tertib antarabangsa menerusi platform serantau dan multilateral. Pihaknya yakin bahawa China pasti akan memainkan peranan yang lebih penting dalam senario global demi kedamaian dan keamanan.
![]() |
- PM Li Adakan Perbincangan Dengan PM Singapura
- Lawatan Lawrence Wong Diharap Perkukuh Hubungan China-Singapura: MFA
- PM Singapura Lawat China Mulai Ahad
- PM Li Qiang Ucap Tahniah kepada Lawrence Wong atas Penggal Kedua PM Singapura
- China, Singapura Adakan Latihan Tentera Laut Bersama
- Han Zheng Bertemu TPM Singapura
- FTA China-Singapura Dinaik Taraf, Buka Peluang Niaga
- Presiden Xi Bertemu Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong
- Lee Hsien Loong Lawat China Esok
- Xi Bertemu PM Singapura