Menteri Luar China Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-60 Singapura

(CRI)Sabtu 09 Ogos 2025

Menteri Luar China, Wang Yi hari ini mengucap tahniah kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan sempena ulang tahun ke-60 Republik itu.

Wang yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China menyatakan, Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong telah mengadakan lawatan ke China dengan jayanya pada bulan Jun, dan bersama Presiden China Xi Jinping memberikan hala tuju bagi pembangunan hubungan kedua-dua negara pada peringkat seterusnya.

Wang menyatakan kesediaan untuk bersama dengan Dr Vivian melaksanakan konsensus yang tercapai oleh pemimpin kedua-dua negara, menggalakkan perkongsian yang berkualiti tinggi yang menyasarkan masa hadapan untuk mencapai kemajuan secara berterusan, bersama-sama mengamalkan regionalisme yang terbuka dan multilateralisme yang sebenar supaya dapat menyumbang kepada usaha memelihara kedamaian dan kemakmuran serantau bahkan dunia.

Video

Berita Berkaitan