- Lain-lain
Halaman Kebudayaan Pelihara, Pamer Warisan Budaya di Pekan Purba Lijiang
Pelancong melawat pekan purba Lijiang di Provinsi Yunnan di barat daya China. (Foto oleh Zhao Qingzu)
Di Halaman Tiandi, yang terkenal dengan gelaran Halaman di Syurga dan Bumi, di pekan purba Lijiang, Provinsi Yunnan di barat daya China, He Xueguang kelihatan sibuk untuk menguruskan urusan sehariannya.
“Kini terdapat sekitar 30 halaman kebudayaan yang seumpama di serata pekan purba ini,” katanya.
Dengan sejarah sepanjang lebih 170 tahun, Halaman Tiandi merupakan contoh tipikal terhadap seni bina Naxi tradisional yang terpelihara baik. Meskipun terdapat banyak tawaran sewaan komersial, He secara konsisten mengutamakan pemeliharaan budaya berbanding pengkomersialan.
Sejak pekan purba Lijiang dimasukkan ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1997, langkah-langkah perlindungan turut sama menjadi semakin ketat. Bagi melindungi integriti bersejarah pekan itu, pengubahsuaian moden telah menjadi sangat terhad. Seiring dengan pelancongan yang semakin bertumbuh, banyak penduduk telah ditempatkan semula, sekali gus mendorong kepada perubahan landskap demografik di pekan itu.
Di Lijiang, seni bina kediaman tradisional, gaya hidup penduduk tempatan dan warisan kebudayaan telah membentuk sebuah ekosistem budaya yang tidak dapat dipisahkan – dan ia dikekalkan oleh pengawasan penduduk tempatan.
“Warisan budaya bukan sekadar struktur fizikal. Ia membawa signifikan budaya yang tidak ternilai,” ujar He. Bagi menerokai, melindungi dan mewarisi lagi warisan tersebut, dia mengubah Halaman Tiandi menjadi sebuah venue untuk persembahan tarian dan lagu Naxi tradisional. Pada 1999, dia menubuhkan pusat pewarisan budaya Naxi di halaman itu, dan menjemput penduduk tempatan untuk mempersembahkan tarian dan muzik tradisional, mempamerkan budaya Dongba, serta menawarkan latihan dan bengkel budaya.
Sebuah persembahan tarian dan muzik Dongba dipentaskan di Halaman Tiandi di pekan purba Lijiang, Provinsi Yunnan di barat daya China. (Foto ihsan akaun WeChat rasmi pengurusan digital subsidiari syarikat pengurusan pekan purba Lijiang)
Mulai tahun 2007, biro pengurusan dan perlindungan pekan purba Lijiang bersama-sama dengan syarikat pengurusan pekan purba Lijiang telah memulakan memperuntukkan bahagian perumahan awam secara tahunan untuk membangunkan halaman kebudayaan. Pada 2016, Halaman Tiandi secara rasminya dikenali sebagai halaman kebudayaan ke-18 di Lijiang.
“Kami menerima harga sewaan yang lebih murah dan juga sokongan kewangan secara tahunan,” jelas He. Halaman Tiandi adalah bukan satu kes terpencil. Setiap tahun, pekan itu melaburkan jutaan RMB terhadap pembangunan dan pengoperasian halaman kebudayaan serta projek-projek pemeliharaan warisan yang lain.
Hari ini, Halaman Tiandi menganjurkan tiga persembahan tarian dan muzik Dongba setiap hari, seterusnya menarik penonton yang ramai. Meneruskan momentum daripada kejayaan awalnya, ia telah membangunkan persembahan tarian dan muzik Naxi yang asli, mengaturkan dua dewan pameran bertema, dan menggabungkan pengalaman interaktif seperti arahan skrip Naxi dan bengkel tarian tradisional, menawarkan akses yang imersif kepada warisan pekan itu yang penuh bertenaga.
Di sebalik Halaman Tiandi, ruang kebudayaan yang luas telah muncul, termasuk kedai buku swasta, kelab-kelab puisi, dewan pengalaman karakter piktografik dan studio kraf tradisional.
Untuk rekod, 30 halaman kebudayaan di pekan itu meliputi topik yang pelbagai seperti penduduk terkenal, perlindungan budaya dan sejarah, ketukangan tradisional dan budaya rakyat Naxi. Para pelawat bukan sahaja boleh menikmati pameran itu, malah turut serta dalam pengalaman belajar secara lebih mendalam.
“Cerita pekan purba Lijiang diceritakan menerusi halaman-halaman kebudayaan tersebut,” kata He.
Disebabkan lokasinya yang berselerak, halaman kebudayaan tersebut boleh menjadi sukar bagi pelancong untuk menjumpainya. Bagi menangani isu tersebut, pekan purba Lijiang telah menambah baik tanda penunjuk di serata kawasan itu untuk memudahkan lagi pengunjung.
Pemandangan sudut udara pekan purba Lijiang. (Foto oleh Tang Xinrong)
Pada 2019, pekan purba Lijiang telah memperkenalkan peraturan yang lebih ketat terhadap aktiviti komersial, termasuk ambang kemasukan perniagaan dan satu mekanisme keluar bagi menguruskan ketumpatan perniagaan keseluruhan.
Ia juga menyusun semula landskap komersialnya menerusi pengurusan yang berkategori, mengetatkan operasi yang tidak bersesuaian dengan usaha perlindungan warisan budaya dan ciri-ciri sejarah pekan itu, sambil menggalakkan perusahaan yang menyumbang kepada perlindungan dan promosi budaya tradisional.
“Kafe-kafe internet telah hilang, bar telah berkurangan secara signifikan, dan suasana kebudayaan di pekan purba itu telah menjadi semakin ketara.
“Kami berharap agar lebih ramai golongan muda akan datang ke Lijiang dan menghargai warisan budaya secara lebih mendalam,” tambah He.
Seorang wanita sedang bergaya untuk berswafoto di pekan purba Lijiang di Provinsi Yunnan di barat daya China. (Foto oleh Liang Zhiqiang)
- Kaum Etnik Yi Raikan Pesta Obor di Yunnan
- Keajaiban Alam, Kuala Sungai di Yunnan Rupa “Stimbot”
- Sungai Lancang: Pemandangan Ladang Teres Musim Panas dari Udara
- 161 Bangunan Masih Baik Terpelihara di Pekan Purba Jianchuan
- Bunga Teratai Gergasi Kembang Mekar di Yunnan
- Teknologi Tinggi Dipamerkan Semasa Ekspo China-Asia Selatan ke-9 di Kunming
- Kaktus Ubah Bukit Tandus Jadi Pemandangan Penuh Kehijauan
- Musim Hujan, Musim Cendawan Liar Yunnan
- Alami Pesona Semula Jadi Yunnan
- Bunga Keratan Segar Lonjak Pendapatan Pekebun di Yunnan