- Lain-lain
Jam Tangan Pintar Cerminan Perubahan Meluas Pasaran Pengguna di China
![]() |
Pengguna membeli jam tangan pintar di sebuah tempat membeli-belah di daerah Nankang, bandar Ganzhou, Provinsi Jiangxi di timur China pada 22 Februari 2025. (Foto oleh Zhu Haipeng) |
Tepat pukul 9 pagi, premis Huawei Smart Lifestyle Store di MixC Mall, Changsha, Provinsi Hunan, di tengah China, sudah menyaksikan suasana yang sibuk.
Seorang jurujual, Wu Qian dan rakan-rakannya berkumpul untuk taklimat pagi, menyemak semula pertanyaan yang sering diutarakan pelanggan dan berlatih berulang kali mengenai pengenalan fungsi jejak kesihatan yang terdapat di dalam beberapa model jam tangan pintar.
Usai taklimat pagi, Wu menerima panggilan telefon daripada pengurus serantau, yang memberitahu bahawa beberapa jenis model kini semakin berkurangan, khususnya model yang mempunyai fungsi pengawasan tekanan darah.
Peningkatan dalam penstokan semula berkait rapat dengan program tukar beli barangan pengguna China yang telah mendorong pertambahan perbelanjaan berkaitan kesihatan. Pada bulan Jun sahaja, kedai itu telah menjual lebih daripada 400 jam tangan pintar dan penjejak kecergasan.
Seorang pembeli, Wang Yucheng berkongsi bahawa dia telah menggunakan penjejak kecergasan itu selama beberapa tahun, dan bersedia untuk menaik taraf.
“Saya mahukan (jam) dengan hayat baterinya lebih lama dan mempunyai ciri-ciri yang lebih maju,” tambahnya.
Sambil menerokai pilihan, Wang menunjukkan ke arah jam-jam di hadapannya sambil berkongsi bahawa kesemua itu boleh menjejak tempoh senaman serta jumlah kalori yang sudah dibakar.
Ketika Wang sedang mencuba jam tangan pintar, isterinya pula mencari jam tangan pintar yang warna talinya bersesuaian dengan pakaian di dalam almari baju di rumah.
Dia dan isterinya akhirnya membeli jam tangan pintar berharga RMB924.8 selepas potongan harga. Menurut jurujual tadi, harga asal jam tersebut adalah RMB1,688. Namun, harga tersebut berubah banyak selepas dipotong diskaun tukar beli sebanyak RMB200, promosi kedai RMB400 dan subsidi kebangsaan sebanyak 15 peratus.
Tidak lama kemudian, seorang lagi pelanggan, Liu Ming, tiba bersama bapanya. Dia memberitahu kepada jurujual untuk syor model yang bersesuaian dengan keadaan bapanya yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Jurujual itu menunjukkan jam tangan yang dilengkapi dengan pemantauan tekanan darah, serta ciri seperti penjejakan lokasi ahli keluarga dan panggilan kecemasan. Sekiranya tekanan darah pemakai melebihi ambang selamat, jam tangan pintar secara automatik akan memberi amaran kepada kenalan kecemasan yang ditetapkan.
“Ia seperti mempunyai pengurus kesihatan peribadi di pergelangan tangan anda,” kata Liu.
Memandangkan program tukar beli barangan pengguna terus rancak di seluruh negara, senario sedemikian menjadi semakin biasa di pusat beli-belah di seluruh China. Walaupun saiznya padat, peranti boleh pakai pintar telah muncul sebagai simbol peningkatan penggunaan.
Tahun ini, produk digital seperti telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan penjejak kecergasan telah dimasukkan dalam program tukar beli barangan pengguna, yang memacu pertumbuhan pesat dalam jualan.
Sejak awal tahun 2025, lebih 69 juta pengguna telah membeli lebih daripada 74 juta peranti digital di seluruh negara.
“Keupayaan pemantauan kesihatan kini menjadi keutamaan pelanggan,” kata Wu, seorang jurujual berpengalaman, sambil berkongsi bahawa pada sebelum ini, pembeli menumpukan pada hayat bateri dan harga, berbanding keutamaan terhadap fungsi tekanan darah dan pemantauan oksigen pada hari ini.
“Kami perlu meningkatkan pengetahuan kami untuk memenuhi jangkaan mereka (bakal pelanggan),” katanya.
Justeru, untuk menangani anjakan ini, kedai Wu kini mengadakan dua sesi latihan khusus setiap minggu, dengan lebih memfokuskan kepada memahami dan mentafsir data berkaitan kesihatan.
Hari ini, barang boleh pakai pintar berharga di bawah RMB1,000 secara amnya mencukupi untuk penjejakan kecergasan asas, manakala model mewah semakin tertumpu pada pengurusan kesihatan.
Daripada peringkat permulaan hingga mewah, kebanyakan peranti kini menyepadukan kedua-dua kecergasan dan keupayaan pemantauan kesihatan. Sesetengah jenama juga bekerjasama dengan institusi perubatan untuk meningkatkan ketepatan data, membantu pengguna menilai status kesihatan mereka dalam masa nyata.
![]() |
Orang ramai membeli jam tangan pintar di sebuah tempat membeli-belah di daerah Shapingba, di perbandaran Chongqing di barat daya China. (Foto oleh Sun Kaifang) |
- China Bakal Peruntukkan Lebih Banyak Dana Pada Oktober, Sokong Program Tukar Beli
- Pasaran Pengguna China Dijangka Melebihi RMB50 Trilion Tahun Ini
- BJCTCE Terima 103 Ribu Pengunjung, Pacu Industri Kebudayaan dan Pelancongan
- China Mahu Dorong Penggunaan, Berikan Sokongan Kewangan Lebih Besar
- China Berikrar Teruskan Subsidi Tukar Beli Barangan Pengguna
- Jualan Produk Pengguna Menokok RMB1Trilion melalui Pakej "Jual Lama Beli Baharu"
- Siri Aktiviti "China Shopping" Diadakan
- Program Subsidi China Rangsang Penggunaan Produk Digital
- Penggunaan di Kawasan Luar Bandar China Pamer Kekuatan
- China Kemuka Pelan Inisiatif Istimewa, Mahu Rancakkan Penggunaan