PM Li Seru Sokongan Dasar, Sains dan Teknologi Untuk Pacu Industri Bioperubatan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 21 Ogos 2025

Perdana Menteri China, Li Qiang yang juga anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) melawat sebuah pusat inovasi antarabangsa di Beijing, ibu negara China pada 20 Ogos 2025. Li mengadakan lawatan penyelidikan dan pencarian fakta di ibu negara China pada Rabu. (Xinhua/Liu Bin)

Perdana Menteri China, Li Qiang pada Rabu membuat seruan terhadap sokongan dasar serta pemerkasaan sains dan teknologi berkualiti tinggi dalam mendorong kualiti dan mempromosi penaiktarafan industri bioperubatan China, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau yang juga anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) itu membuat kenyataan demikian ketika mengadakan lawatan penyelidikan dan pencarian fakta di Beijing, ibu kota China.

Ketika melawat Makmal Changping, Li menggesa agar usaha ditumpukan terhadap bidang-bidang utama dan barisan depan global, mencapai lebih banyak hasil asli yang utama, dan memupuk lebih ramai bakat berkaliber tinggi dalam sains hayat, sekali gus memperbaik asas pembangunan industri bioperubatan China.

Semasa melakukan lawatan di sebuah puast inovasi antarabangsa dan perusahaan bioteknologi, Li memberi penekanan terhadap peri penting dalam menggalakkan syarikat tempatan untuk memperdalam kerjasama antarabangsa serta mendorong kreativiti dan daya saing masing-masing, selain memberitahu tentang betapa pentingnya pengoptimuman model operasi dan pembinaan platform negara.

Di dalam satu seminar, Li turut menyeru terhadap usaha untuk mendorong inovasi asli dan penemuan baharu teknologi teras dalam bidang-bidang utama, selain memacu pembangunan industri menerusi pemerkasaan AI yang komprehensif.

Beliau juga membuat gesaan terhadap panduan yang lebih berkesan dalam pengaplikasian perubatan yang inovatif dan berkualiti tinggi, serta menyeru usaha untuk mempromosi pemodenan dan perindustrian perubatan Cina tradisional.

Perdana Menteri China, Li Qiang yang juga anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) melawat sebuah syarikat bioteknologi di Beijing, ibu negara China pada 20 Ogos 2025. Li mengadakan lawatan penyelidikan dan pencarian fakta di ibu negara China pada Rabu. (Xinhua/Liu Bin)

Video

Berita Berkaitan