China Hargai Potensi Pembangunan Asia Selatan

(CRI)Jumaat 22 Ogos 2025

Abad ke-21 akan menyaksikan pembangunan lebih pesat di Asia, khususnya Asia Selatan memandangkan rantau ini mempunyai potensi yang besar dan daya tahan yang kukuh.

Perkara itu dinyatakan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi ketika menghadiri sidang media bersama rakan sejawatnya dari Pakistan, Mohammad Ishaq Dar di Islamabad pada Khamis.

Wang berkata China mengamalkan konsep diplomasi kejiranan berpandukan prinsip mesra, ikhlas, manfaat bersama dan terangkum, sambil menyifatkan negara-negara Asia Selatan sebagai rakan kongsi semula jadi yang mempunyai ruang kerjasama luas.

Tegas beliau, hubungan China dengan Pakistan, India dan negara jiran lain tidak menyasarkan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak ketiga.

Video

Berita Berkaitan