Dagangan Luar China Terus Berkembang Stabil

(CRI)Jumaat 13 Jun 2025

Sektor perdagangan luar China terus berkembang stabil sejak awal tahun ini biarpun berdepan persekitaran yang kompleks.

Jurucakap Kementerian Perdagangan (MOFCOM) He Yadong berkata prestasi itu didorong oleh kesungguhan syarikat terlibat dalam melakukan inovasi serta pelaksanaan pelbagai dasar dan insentif yang diperkenalkan kerajaan.

Dalam tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah import dan eksport antara China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta anggota ASEAN masing-masing menokok 4.2 peratus dan 9.1 peratus tahun ke tahun.

Dalam pada itu, eksport produk mekanikal dan elektrik China mencatat kenaikan sebanyak 9.3 peratus dan menyumbang 60 peratus kepada nilai keseluruhan eksport negara.

Untuk tempoh sama, import dan eksport syarikat swasta meningkat tujuh peratus dengan menyumbang 57.1 peratus kepada keseluruhan dagangan luar.

Sementara itu, import dan eksport syarikat asing mengekalkan pertumbuhan selama empat bulan berturut-turut.

Antaranya, terdapat lebih 73,000 syarikat asing yang menjana nilai import dan eksport di China, sekali gus mencipta rekod tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Jurucakap itu berkata China akan terus memperluas keterbukaan bertaraf tinggi dan menangkis ketidaktentuan luaran menerusi pembangunan berkualiti tinggi.

Video

Berita Berkaitan