- Lain-lain
Wang Yi Terima Kunjungan Utusan Khas Presiden Korea Selatan
Menteri Luar China, Wang Yi menerima kunjungan Utusan Khas Presiden Korea Selatan iaitu Park Byeong-seug di Beijing pada Ahad.
Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China menyatakan bahawa semenjak kerajaan baharu Korea Selatan mengambil alih pentadbiran, Presiden China, Xi Jinping ketika menghubungi rakan sejawatnya iaitu Lee Jae-myung telah mencapai konsensus penting untuk mendorong perkongsian kerjasama strategik China-Korea Selatan ke tahap lebih tinggi selain menetapkan hala tuju perkembangan dua hala pada masa hadapan.
"Kedua-dua pihak dikehendaki sentiasa berpegang teguh pada visi dan misi yang termaktub dalam pengumuman penjalinan hubungan diplomatik serta mengekalkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara, memperluas kepentingan bersama selain mengeratkan lagi hubungan antara rakyat dan menangani sebarang isu sensitif yang timbul dengan sebaiknya," kata Wang.
Sementara itu, Park Byeong-seug semasa pertemuan berkenaan meminta agar Wang menyampaikan surat daripada Presiden Lee Jae-myung kepada Presiden Xi dan menyatakan kesediaan pentadbiran Seoul untuk mengalakkan lagi perkongsian kerjasama strategik antara kedua-dua negara dan kembali ke landasan yang betul.
Ujarnya, Korea Selatan sentiasa menghormati pendirian tentang Satu China dan bersedia mengembangkan hubungan dengan negara-negara besar utama termasuk China secara seimbang.
- Hubungan China, Korea Selatan Yang Sihat dan Stabil Selari dengan Arus Zaman - Xi
- China Sedia Tingkatkan Hubungan dengan Korea Selatan
- Xi Utus Ucapan Tahniah kepada Presiden Korea Selatan Baharu
- Xi Bertemu Speaker Korea Selatan di Harbin
- Menteri Luar China, Korea Selatan Bincang Kerjasama Ekonomi dan Hubungan Bilateral
- China, Korea Selatan Ikrar Galak Perkongsian Kerjasama Strategik
- China-Korea Selatan Bincang Hubungan, Kerjasama Dua Hala
- Harap Hubungan Jepun, Korea Selatan Kondusif bagi Ketenteraman Serantau
- China, Korea Selatan Ikrar Pertingkat Hubungan
- Xi Jinping Bertemu dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol