- Lain-lain
Industri Bunga Berkembang Mekar di Kaunti Yao’an
![]() |
Pelancong mengambil gambar di pangkalan penanaman bunga di kaunti Yao’an, Kawasan Autonomi Yi Chuxiong di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Kaunti Yao’an Parti Komunis China) |
Industri bunga telah menjadi satu ‘kad nama’ istimewa di kaunti Yao’an yang terletak di Kawasan Autonomi Yi Chuxiong, Provinsi Yunnan, barat daya China.
Dalam tempoh sedekad lalu, kaunti itu telah membina satu rantai industri yang lengkap meliputi penanaman tanpa tanah, logistik rantai sejuk, perdagangan digital, penyepaduan pertanian dengan pelancongan dan kebudayaan, serta pemprosesan mendalam. Pada masa sama, ia juga telah mencapai kemajuan yang cemerlang dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pembenihan.
“Kami telah memperkenalkan lebih daripada 200 varieti induk bunga yang berkualiti tinggi dari China dan luar negara. Musim pendebungaan jatuh pada bulan Mei, Ogos dan Oktober, dan sejurus bunga bermekaran, kami akan terus bekerja,” kata Wang Jitao, pembantu ahli agronomi di pusat R&D varieti bunga di Yao’an.
Pada 2023, makmal pusat R&D varieti bunga di Yao’an itu mula beroperasi. Menerusi pemilihan dan pembenihan hibrid, pusat tersebut menanam varieti bunga berkualiti tinggi yang berkembang mekar dalam iklim tempatan, memenuhi keperluan pengguna, dan menawarkan harga yang kompetitif di pangkalan penanaman itu.
“Pada masa lalu, syarikat-syarikat bunga di Yao’an terpaksa membeli paten untuk varieti baharu dari luar negara, dengan yuran royalti sehingga 5 ke 12 peratus daripada hasil tahunan mereka,” kata Wang.
Pada 2021, kaunti Yao’an telah bekerjasama dengan institut penyelidikan bunga di Akademi Sains Pertanian Yunnan untuk menubuhkan pusat R&D bunga Yao’an.
Ketika ini, Yao’an telah membangunkan dan memohon untuk hak harta intelek terhadap 18 pemupukan varieti bunga ros China untuk pasaran bunga potong segar dan memupuk lebih daripada 70 varieti bunga baharu.
Pada 2024, Yao’an menghasilkan 1 bilion bunga segar potong, mencapai keluaran secara puratanya sebanyak lebih daripada 200,000 batang setiap mu (satu mu sekitar 0.067 hektar), iaitu tiga kali ganding berbanding penanaman tradisional. Industri itu menjana nilai output keseluruhan sebanyak RMB1.8 bilion (sekitar AS$251 juta), yang mendorong pendapatan buat 64,000 penduduk tempatan.
![]() |
Seorang penduduk tempatan sedang bekerja di pangkalan penanaman bunga di kaunti Yao’an, Kawasan Autonomi Yi Chuxiong di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Kaunti Yao’an Parti Komunis China) |
![]() |
Imej menunjukkan bunga-bunga di pangkalan penanaman bunga di kaunti Yao’an, Kawasan Autonomi Yi Chuxiong di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Kaunti Yao’an Parti Komunis China) |
![]() |
Foto memperlihatkan pemandangan panorama di pusat R&D varieti bunga di kaunti Yao’an, Kawasan Autonomi Yi Chuxiong di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan individu yang diwawancara) |
![]() |
Para pekerja sedang sibuk di sebuah syarikat bunga di kaunti Yao’an, Kawasan Autonomi Yi Chuxiong di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Kaunti Yao’an Parti Komunis China) |
- Industri Lada Sichuan Berkembang Maju di Yunnan
- Halaman Kebudayaan Pelihara, Pamer Warisan Budaya di Pekan Purba Lijiang
- Kaum Etnik Yi Raikan Pesta Obor di Yunnan
- Keajaiban Alam, Kuala Sungai di Yunnan Rupa “Stimbot”
- Sungai Lancang: Pemandangan Ladang Teres Musim Panas dari Udara
- 161 Bangunan Masih Baik Terpelihara di Pekan Purba Jianchuan
- Bunga Teratai Gergasi Kembang Mekar di Yunnan
- Teknologi Tinggi Dipamerkan Semasa Ekspo China-Asia Selatan ke-9 di Kunming
- Kaktus Ubah Bukit Tandus Jadi Pemandangan Penuh Kehijauan
- Musim Hujan, Musim Cendawan Liar Yunnan