Tampuk Kuasa PKC Bahaskan "Peraturan Ideologi", "Draf Kemajuan Masyarakat Berbilang Kaum"

(CRI)Sabtu 30 Ogos 2025

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat pada Jumaat untuk membahaskan "Peraturan Kerja Ideologi dan Politik PKC" dan mengkaji "Draf Undang-undang Kemajuan Masyarakat Berbilang Kaum Republik Rakyat China".

Mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping itu menunjukkan bahawa "Peraturan Kerja Ideologi dan Politik PKC" amat bererti bagi memartabatkan pimpinan PKC serta meningkatkan tahap saintifik, institusi dan piawaian dalam segenap aspek mengenai ideologi dan urusan politik.

Selain itu, mesyuarat tersebut menyatakan bahawa Undang-undang Kemajuan Masyarakat Berbilang Kaum bertujuan untuk menterjemahkan pemahaman teori dan praktik PKC dalam pembangunan masyarakat berbilang kaum ke perspektif kenegaraan melalui saluran perundangan, menyempurnakan sistem dan mekanisme untuk menanam kesedaran "Komuniti Bangsa China" dan memperkuat lagi perpaduan serta menyemarakkan semangat kesatuan bangsa China.

Mesyuarat itu juga mengeluarkan tuntutan tentang memastikan keselamatan dalam proses pengeluaran dan kerja mencegah bencana alam.

Video

Berita Berkaitan