Pertukaran Antara Rakyat dan Budaya di SCO Liputi Lebih Banyak Bidang
 |
Seorang wartawan mempelajari cara pembuatan kipas lakuer China tradisional di pusat media Sidang Kemuncak SCO 2025, di Tianjin, utara China pada 29 Ogos 2025. (Xinhua/Yang Qing) |
Kerjasama serta pertukaran antara rakyat dan budaya dalam kalangan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) telah diperluas dalam tempoh lebih 20 tahun ini.
Demikian ujar Zuo Hongbo, setiausaha agung Suruhanjaya Kerjasama, Persahabatan dan Semangat Kejiranan Baik (GNFCC) SCO dalam satu taklimat media di bandar pelabuhan Tianjin, iaitu tempat berlangsungnya sidang kemuncak SCO terbesar selama dua hari mulai Ahad.
Jelas beliau, bidang-bidang kerjasama telah berkembang; iaitu dari sains dan teknologi, budaya, pendidikan dan penjagaan kesihatan, kepada bidang seperti sukan, pelancongan, media, kumpulan pemikir, pengurangan kemiskinan dan perlindungan alam sekitar.
Zuo berkata, projek istimewa termasuk forum media, kem pertukaran belia, maraton, penyatuan muzium, pesta seni dan universiti-universiti SCO telah dilancarkan, dengan mekanisme untuk kerjasama dalam budaya, penjagaan kesihatan, sains dan teknologi serta pendidikan telah ditambah baik.
Menurutnya, GNFCC telah menjalinkan hubungan dan mengekalkan kerjasama rapat dengan hampir 30 pertubuhan persahabatan, lebih daripada 10 kumpulan pemikir dan lebih 100 agensi media di serata negara SCO.
 |
Wartawan dari Indonesia (kiri) mempelajari tentang teknik menanggam di pusat media Sidang Kemuncak SCO 2025 di Tianjin, utara China pada 31 Ogos 2025. (Xinhua/Zhang Xiaoyu) |
 |
Seorang petugas memperkenal gambar-gambar tahun baharu blok kayu Yangliuqing kepada wartawan di pusat media Sidang Kemuncak SCO 2025 di Tianjin, utara China pada 31 Ogos 2025. (Xinhua/Zhang Xiaoyu) |
 |
Wartawan membuat keronsang butang jahitan di pusat media Sidang Kemuncak SCO 2025 di Tianjin, utara China pada 31 Ogos 2025. (Xinhua/Dai Mingxuan) |
 |
Pewaris warisan budaya tidak ketara, Xin Quansheng (dua dari kiri) memperkenalkan teknik tenggam kepada para wartawan di pusat media Sidang Kemuncak SCO 2025 di Tianjin, utara China pada 31 Ogos 2025. (Xinhua/Zhang Xiaoyu) |
 |
Seorang petugas memperkenalkan ‘Figura Tanah Liat Zhang’, iaitu seni arca tanah liat kepada seorang wartawan di pusat media Sidang Kemuncak SCO 2025 di Tianjin, utara China pada 31 Ogos 2025. (Xinhua/Dai Mingxuan) |