Jaringan Logistik SCO Pendekkan Tempoh Penghantaran Produk Segar China-Rusia Kepada Tujuh Hari

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 01 September 2025
Jaringan Logistik SCO Pendekkan Tempoh Penghantaran Produk Segar China-Rusia Kepada Tujuh Hari
Sebuah trak barang muatan yang membawa kontena meninggalkan Stesen Pusat Qingdao Kontena Bersatu Kereta Api China di hab pengangkutan pelbagai mod kawasan demonstrasi SCO. (Xinhua/Li Ziheng)

Sebiji buah ceri tomato dari Provinsi Shandong, timur China, kini boleh berada di rak-rak dalam pasar raya di Moscow dalam tempoh tujuh hari sahaja.

Buah ceri tomato tersebut akan memulakan perjalanannya dari fasiliti pengangkutan Kawasan Demonstrasi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Tempatan Pertumbuhan Kerjasama Shanghai-China, atau kawasan demonstrasi SCO di Qingdao, Provinsi Shandong.

Kesemua produk tersebut dimuatkan ke dalam trak rantai sejuk TIR atau Laluan Antarabangsa Pengangkutan yang akan memastikan suhu berada pada paras sifat hingga 4 darjah Celsius di sepanjang perjalanan, kemudiannya melepasi stesen kastam, sebelum tiba di gudang yang terletak di pinggir Moscow.

Selepas diperiksa dan mendapat kelulusan oleh pembeli pasar raya, tomato tersebut akan terus berada di rak runcit. Perjalanan tersebut berjarak hampir 10,000 kilometer antara China dan Rusia, namun prosesnya hanya memerlukan tujuh hari untuk dilengkapkan. Penghantaran pesat itu secara tidak langsung mempamerkan kecekapan jaringan logistik SCO yang kian berkembang.

Sistem TIR merupakan rangka kerja yang memperkemas pengangkutan barang muatan rentas sempadan di bawah garis panduan PBB. Sistem tersebut menawarkan prosedur pelepasan kastam yang lebih lancar, tempoh penghantaran yang lebih laju, dan membatalkan keperluan untuk mengalih atau memuatkan semula kargo semasa tempoh transit.

Kawasan demonstrasi SCO ketika ini mengoperasikan empat laluan TIR iaitu China-Rusia, China-Kyrgyzstan, China-Kazakhstan dan China-Belarus-Rusia.

Sejak pelancarannya, sejumlah 530 kenderaan TIR telah menghantar barangan bernilai RMB357 juta (AS$50 juta), dengan jumlah kargo keseluruhan melangkaui 9,400 tan di serata 40 kategori produk.

Jaringan TIR yang menghubungkan China dan negara-negara SCO lain telah membina satu sistem logistik jalan bersepadu, yang mempercepat kerjasama ekonomi serantau.

Video

Berita Berkaitan