- Lain-lain
Gaun Malam, Pakaian Pengantin Chaozhou Raih Tumpuan Global
Gaun malam dan pakaian pengantin yang dihasilkan di Chaozhou, provinsi Guangdong di selatan China terkenal di serata dunia dengan gabungan antara sulaman sepanjang zaman Chaozhou dan elemen fesyen antarabangsa.
Chaozhou merupakan hab eksport dan pangkalan pengeluaran terbesar untuk gaun malam dan pakaian pengantin di China. Mengikut statistik, bandar itu mengeluarkan hampir 20 juta unit gaun malam dan pakaian pengantin setiap tahun.
Seorang model memperagakan pakaian pengantin sulaman Chaozhou yang anggun ketika berlangsungnya satu pameran pakaian perkahwinan di Chaozhou, Provinsi Guangdong, selatan China. (Foto oleh Chen Hongwen)
Di bengkel milik Syarikat Chaozhou Best Fashion, seorang penyulam, Ding Xiaoyun menghias manik secara penuh berhati-hati, memasukkan kristal ke dalam lisu tul pra-sulaman pada bahagian leret gaun malam. Di bilik pameran syarikat itu, terpamernya rekaan khas berkualiti tinggi, iaitu contoh yang pernah dipakai oleh pelakon, penyanyi dan hos televisyen.
Menurut biro perdagangan Chaozhou, lebih 90 peratus pakaian pengantin dan gaun malam bandar itu dieksport, dengan sebahagian besarnya ke lebih daripada 20 negara dan wilayah termasuk Eropah dan Amerika Syarikat. Industri itu juga dilihat telah berkembang dengan stabil ke dalam pasaran baru muncul seperti Afrika Selatan dan Asia Tenggara pada tahun-tahun mutakhir ini.
Di sebalik industri gaun malam dan pakaian pengantin yang berkembang maju di Chaozhou adalah warisan budaya sulaman Chaozhou yang bersejarah ribuan tahun.
Zheng Jianbo, pengerusi Syarikat Chaozhou Best Fashion di Provinsi Guangdong, selatan China serang menyusun gaun malam di bilik pameran syarikatnya. (Foto oleh Huang Chunsheng)
Zheng Jianbo, pengerusi Syarikat Chaozhou Best Fashion menjelaskan bahawa teknik sulaman manik oleh penyulam Chaozhou menyaksikan labuci, kristal dan mutiara dapat digabung, seterusnya menghasilkan corak flora yang tidak mampu ditandingi oleh banyak kawasan lain.
Ketukangan tersebut memerlukan amalan dedikasi selama bertahun-tahun, secara tidak langsung membentuk kelebihan unik pada gaun malam dan pakaian pengantin Chaozhou. Pada waktu kemuncaknya, industri tersebut mengambil pekerja sebanyak 200,000 orang, dengan eksport gaun malam dan pakaian pengantin Chaozhou meliputi hampir 60 peratus daripada jumlah keseluruhan global.
Kejayaan industri tersebut turut berakar umbi daripada komitmen yang dipamerkan oleh syarikat-syarikat terhadap sulaman China.
Wang Haotian, pengerusi Jawatankuasa Penganjur Minggu Fesyen Antarabangsa Jalan Sutera berkata bahawa gaun malam dan pakaian pengantin Chaozhou menampilkan inovasi unik dalam rekaan dan ketukangan.
Pereka bentuk menyepadukan estetika moden dengan sulaman Chaozhou tradisional, yang menghasilkan pakaian lebih berfesyen dan diperibadikan. Syarikat-syarikat tempatan juga memberikan fokus terhadap pembangunan baharu dalam pemprosesan dan pembangunan bahan baharu, iaitu daripada benang sutera yang terkini kepada proses yang dibantu mesin, sekali gus menambah baik kualiti dan kecekapan.
Han Yonghui, naib presiden Institut Strategi Antarabangsa Guangdong berkata bahawa pakaian pengantin sangat bermusim. Daripada keluaran rekaan baharu di ekspo-ekspo pengantin kepada kitaran penghantaran dan pengeluaran 60 ke 90 hari, rantai bekalan China sangat seiring dengan permintaan pasaran.
Ketukangan gaun malam dan pakaian pengantin adalah sangat rumit. Cai Biao, ketua Syarikat Guangdong J-Scarlett Fashion berkata bahawa pengilang Asia Tenggara biasanya mengambil masa dua kali ganda untuk kerja yang sama, dengan hasil yang signifikan rendah berbanding Chaozhou.
Xu Xixiang, presiden Persatuan Industri Pakaian Chaozhou berkata bandar itu turut mendapat manfaat daripada rantai bekalan bahan mentah yang lengkap, dengan sutera, fabrik asas, les dan labuci sentiasa tersedia.
Sementara itu, Lu Weixiang, naib presiden Persatuan Pakaian dan Industri Artikel Pakaian Guangdong telah memberi penekanan terhadap kelebihan kompetitif bandar itu. Katanya, dengan gabungan teknik tradisional dan rantai bekalan yang cekap dan stabil, gaun malam dan pakaian pengantin Chaozhou telah mempunyai kuasa untuk menentukan harga dalam pasaran global.
Tatkala industri tersebut sekarang sangat bergantung terhadap pengeluaran OEM (Pengilang Peralatan Asal), ia kini sedang beralih daripada ‘pengilang’ kepada ‘penciptaan’, dan daripada ‘eksport produk’ kepada ‘eksport budaya’.
Zheng akur bahawa pengeluaran OEM suatu ketika dahulu hanya membawa keuntungan yang kecil menerusi pengeluaran besar-besaran. Bagi pertumbuhan yang mampan, syarikat-syarikat perlu memupuk jenama sendiri dan beralih ke arah ODM (Pengeluaran Rekaan Asal).
Bagi membantu peralihan tersebut, Chaozhou telah mengumumkan dana khas untuk menolong perusahaan dalam usaha penaiktarafan, menganjurkan penyertaan dalam pameran seperti Canton Fair dan Fashion InStyle Hong Kong, serta menggalakkan syarikat untuk menerokai e-dagang rentas sempadan.
Pada masa sama, syarikat-syarikat juga tidak ketinggalan dalam inovasi. Syarikat Chaozhou Best Fashion telah membangunkan jenamanya sendiri menerusi e-dagang rentas sempadan dan melantik pereka bentuk antarabangsa untuk menggabungkan budaya China dengan elemen Barok dan Goth di dalam sulaman manik Chaozhou. Kesemua usaha tersebut telah meningkatkan kualiti produk secara signifikan.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Kostum Etnik Dapat Permintaan Tinggi di Yunnan
- Etnik Tibet Memperagakan Fesyen Budaya Nomad di Sichuan
- Berpakaian Tradisional Melancong di China
- Demam Hanfu Meledak tatkala Keyakinan Budaya Meningkat
- Xi'an: Jom Bersama Alami Kehidupan Dinasti Tang
- Karnival Musim Bunga Meriahkan Pekan Air Kuno
- Jurugaya Gen Z Indonesia Terpesona dengan Budaya Etnik di China
- Muzium Papar Pakaian Tradisional Wanita Pelbagai Etnik Sempena Hari Wanita Sedunia
- Pakaian Tradisional Cina Debut di Karnival Venice