Teknologi Beri Nafas Baharu Dalam Warisan Budaya Tidak Ketara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 04 September 2025

Produk ikat celup dihasilkan oleh robot di sebuah bengkel milik Jiangsu Huayi Group, sebuah pengilang pakaian di Provinsi Jiangsu, timur China. (Foto oleh Zhai Huiyong)

Produk ikat celup dihasilkan oleh robot di sebuah bengkel milik Jiangsu Huayi Group, sebuah pengilang pakaian di Provinsi Jiangsu, timur China. (Foto oleh Zhai Huiyong)

Di sebuah pameran warisan budaya tidak ketara di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China pada baru-baru ini, teknologi telah mengubah tradisi yang bersejarah lama kepada pengalaman baharu yang menarik.

Di situ adat resam purba kelihatan penuh daya hidup, menyaksikan pengunjung yang datang berasa kagum, serta menyifatkannya sebagai magis dan luar biasa.

Melangkah masuk, pengunjung seolah-olah di bawa ke jalan-jalan purba. Percikan daripada bunga api besi cair menyinari ruang, menghidupkan semula keseragaman pesta keraian tradisional.

Dengan satu bunyi pukulan dram, penari rakyat digital bergerak pada skrin, dan pergerakan turut sama berubah mengikut ritma. Dengan tongkat boneka bayang di tangan, pengunjung masing-masing menjadi penghibur yang mementaskan wayang kulit mereka.

Gabungan teknologi dan warisan budaya tidak ketara semakin menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian orang ramai. Dalam talian, video kreatif yang dikuasakan oleh generasi AI, tangkapan gerakan dan teknologi lain telah memberikan satu pandangan yang futuristik dan warisan yang bergaya.

Penonton kini boleh melihat perubahan tanur porselin, menyaksikan selok-belok tersembunyi sulaman dua sisi, atau memerhatikan bagaimana pemain wayang kulit menghidupkan watak. Idea kebudayaan, ketukangan dan nilai estetika yang suatu ketika dahulu tersembunyi daripada pemandangan itu kini bukan sahaja dilihat, malah turut boleh diakses.

Mahasiswa dari Universiti Perhutanan dan Teknologi Selatan Tengah memberi panduan kepada seorang pewaris tenunan buluh tentang penggunaan AI dalam rekaan di kaunti Baojing, Kawasan Autonomi Tujia dan Miao Xiangxi, Provinsi Hunan di tengah China. (Foto oleh Yu Caihua)

Mahasiswa dari Universiti Perhutanan dan Teknologi Selatan Tengah memberi panduan kepada seorang pewaris tenunan buluh tentang penggunaan AI dalam rekaan di kaunti Baojing, Kawasan Autonomi Tujia dan Miao Xiangxi, Provinsi Hunan di tengah China. (Foto oleh Yu Caihua)

Kekayaan China dalam warisan budaya tidak ketara mencerminkan kebijaksanaan, kemahiran terkumpul dan kesenian yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi. Hari ini, teknologi baharu seperti permodelan 3D, tayangan holografik, AI dan realiti terimbuh telah menyuntik nafas baharu ke dalam semua tradisi-tradisi tersebut.

Dari satu sudut pandang, mereka mempersembahkan budaya dalam bentuk laksana mimpi, dengan visual yang terserlah, sekali gus mendekati audiens yang lebih muda. Dan, dari satu sudut pandang yang lain pula, mereka mempersembahkan sejarah yang dalam dan nilai manusiawi yang terdapat dalam amalan tradisional, sekali gus menonjolkan perspektif China dalam dunia, masyarakat dan moral.

Teknik warisan budaya bukan benda kebiasaannya rumit dan sentiasa sangat istimewa. Kehadiran teknologi membantu dalam merungkai kerumitan, mengurangkan jurang agar lebih ramai yang dapat turut serta dan menghargainya.

“Pada masa lalu, saya boleh mengagumi corak sutera pada produk siap. Kini, selepas bereksperimen dengan model tenunan AI, saya boleh mereka bentuk corak secara sendiri dan menerokai prinsip saintifik, serta makna artistik yang terdapat dalam motif nenek-moyang kita,” ujar seorang pengunjung muda di pameran Xinjiang itu.

Dengan satu lakaran tangan, model tersebut boleh menjana bentuk sutera digital secara segera. Motif tradisional seperti bentuk awan dan petir pada skrin berubah mengikut gradien, lapisan dan kesan-kesan moden yang lain, menyaksikan ia seolah-olah dihidupkan semula oleh teknologi digital.

Pengalaman seakan-akan permainan dan interaktif telah membolehkan audiens untuk belajar dan menghargainya, sekali gus mengubah kedatangan pelawat daripada hanya penyertaan kepada satu penerokaan.

Lebih penting, gabungan teknologi dan warisan budaya tidak ketara telah merapatkan jurang dari sudut penyertaan dalam kalangan individu biasa khususnya generasi yang lebih muda ke dalam budaya China tradisional untuk mengalami sendiri kekayaannya.

Kesusasteraan rakyat, muzik tradisional, tarian, seni halus, drama dan ketukangan mempunyai sumber maklumat yang luas, menjadikan warisan budaya tidak ketara sebagai sumber yang bernilai dalam inovasi saintifik dan teknologi.

3.	Pengunjung menghayati tarikan warisan budaya tidak ketara di sebuah dewan pameran di Provinsi Shaanxi, barat laut China. (Foto oleh Zhang Cheng)

Pengunjung menghayati tarikan warisan budaya tidak ketara di sebuah dewan pameran di Provinsi Shaanxi, barat laut China. (Foto oleh Zhang Cheng)

Untuk rekod, China menempatkan hampir 870,000 barangan warisan budaya tidak ketara, lebih 100,000 projek perwakilan pada setiap peringkat, dan lebih daripada 90,000 pewaris yang diiktiraf. Usaha pemeliharaan kesemua khazanah menerusi pendigitan dan pengaplikasian inovatif bukan sahaja menjamin peralihan, tetapi turut memberikan momentum kuat buat kemajuan teknologi.

Dengan menyepadukan teknologi dengan warisan budaya tidak ketara, tradisi purba menjadi segar semula, manakala saluran untuk komunikasi dan pemeliharaan turut sama berkembang.

Video

Berita Berkaitan