- Lain-lain
Lebih 3,000 Produk Baharu Debut Sempena Ekspo Industri Pintar Dunia 2025
Ekspo Industri Pintar Dunia 2025 yang membuka tirai di bandar Chongqing pada Jumaat menyaksikan penampilan sulung lebih 3,000 produk, teknologi dan hasil baharu dalam industri berkenaan.
Acara itu dijadual berlangsung selama empat hari dengan memfokuskan kepada "AI+" dan kenderaan tenaga baharu (NEV) bersambung pintar.
Lebih 100 piawaian industri, produk dan teknologi yang baharu akan turut dilancarkan merangkumi ekonomi altitud rendah, NEV bersambung pintar dan beberapa sektor lain.
Ekspo kali ini menawarkan lima segmen utama iaitu NEV bersambung pintar, bandar digital, robot pintar, ekonomi altitud rendah dan rumah pintar dengan menarik penyertaan lebih 600 syarikat peneraju dari dalam dan luar negara.
Sebanyak enam pertandingan profesional yang bertaraf tinggi akan berlangsung sempena ekspo itu antaranya Kejohanan Jemputan Antarabangsa Chongqing Piala Dunia Robot Asia Pasifik 2025.
Dengan pendaftaran lebih 5,000 syarikat industri pintar, China kini menjadi negara yang memiliki paten AI terbanyak di dunia.
Saiz pasaran AI China dijangka akan melepasi 700 bilion yuan (RM414.3 bilion) pada 2025.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Guangxi Bina Hab Inovasi, Kerjasama AI Berorientasikan ASEAN
- China, ASEAN Bersama Ikhtiarkan Pemiawaian AI
- UNGA Lulus Resolusi Mekanisme Baharu Tadbir Urus AI Global
- ‘Pembantu’ Pintar di Lapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Permudah Pergerakan Pelancong
- China Dominasi Model Besar AI dengan Lebih 1,500 Model Dilancarkan
- PM China Bakal Hadiri Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia 2025
- Robot AI Digunakan untuk Menuai
- Teknologi Bentuk Semula Industri Pakaian China
- Robot Hadir Sekolah Maya di Zhejiang
- Aplikasi AI Pacu Pelancongan Pintar di China