Inisiatif Tadbir Urus Global, Momentum Kuat bagi Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan

(CRI)Isnin 08 September 2025

Baru-baru ini, Presiden China Xi Jinping telah mengemukakan Inisiatif Tadbir Urus Global dalam mesyuarat “Pertubuhan Kerjasama Shanghai +” yang diadakan di bandar Tianjin, China.

Inisiatif itu mencadangkan kesaksamaan dalam aspek kedaulatan, mematuhi undang-undang antarabangsa, mengamalkan multilateralisme, serta mencadangkan panduan berorientasikan rakyat dan bertindak menggariskan hala tuju.

Ramai tetamu dan tokoh asing yang menyertai mesyuarat itu dalam temu bual dengan wartawan Kumpulan Media China berkata, Inisiatif Tadbir Urus Global anjuran Presiden Xi memperlihatkan tanggungjawab China sebagai satu negara kuasa besar pada era baharu dan akan menjadi momentum yang kuat bagi pelbagai negara berganding bahu melangkah ke arah komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Penasihat kanan jabatan media Pejabat Perdana Menteri Afghanistan, Andekhman Zazai merasa konsep "sama rata pada aspek kedaulatan" yang terkandung dalam inisiatif itu mempunyai makna yang penting.

Beliau berkata, prinsip "tidak mencampuri dalam hal ehwal dalaman negara-negara anggota pertubuhan itu" dan "semua negara boleh berinisiatif dalam mengamalkan dasar bebas yang dijunjung 'Semangat Shanghai'" bermanfaat bagi mewujudkan suasana saling percaya dan memperkasa kerjasama yang mampan.

Seorang wartawan yang senior dari TV9 India, Manish Jha pula berkata, Presiden Xi telah mengemukakan banyak cadangan dan langkah substantif untuk mengukuhkan rasa saling percaya dan pembangunan bersama. Pencapaian yang dilakar dalam pembangunan ekonomi China boleh dilihat sebagai momentum yang kuat dan berterusan bagi pertumbuhan ekonomi negara -negara jiran bahkan seluruh dunia.

"India dan China merupakan dua negara membangun penting di dunia. Kerjasama antara kedua-dua negara bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak, tetapi juga boleh memberi sumbangan penting kepada keamanan dan pembangunan dunia," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan