China Pinda Undang-undang Perdagangan Luar

(CRI)Selasa 09 September 2025

Draf pindaan Undang-undang Perdagangan Luar buat kali pertama diserahkan kepada sidang ke-17 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 untuk dibahaskan, pada Isnin.

Menteri Perdagangan China Wang Wentao berkata draf berkenaan menyelaraskan aspek keterbukaan dan keselamatan, dengan mengatur langkah-langkah balas dalam sektor perdagangan luar.

Draf pindaan lebih sepuluh akta lain turut dibahaskan, antaranya termasuk Undang-undang Keselamatan Siber dan Undang-undang Kebankrapan perusahaan.

Video

Berita Berkaitan