- Lain-lain
Kereta Api China Rekod 943 Juta Penumpang Pada Tempoh Perjalanan Musim Panas
Peminat bola sepak bergambar di ruang menunggu di Stesen Kereta Api Daerah Baharu Wuxi, Provinsi Jiangsu di timur China. (Foto oleh Li Chen)
China State Railway Group mengumumkan bahawa pihaknya telah membawa sejumlah 943 juta penumpang dalam tempoh perjalanan musim panas selama 62 hari yang melabuhkan tirainya pada 31 Ogos lalu, sekali gus merekodkan peningkatan 4.7 peratus berbanding tahun terdahulu.
Semasa musim panas, lebih daripada 15 juta perjalanan penumpang dicatatkan secara purata setiap hari, dan kereta api China mengoperasikan 11,330 kereta api penumpang setiap hari, iaitu peningkatan 8 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2024.
Pada masa sama, kereta api laju (HSR) turut memecahkan rekod kelajuan pengoperasian semasa kemuncak perjalanan musim panas, dengan dua segmen utama bertambah daripada 310 kilometer sejam kepada 350 kilometer sejam.
Seksyen tersebut adalah Beijing-Shenyang, HSR Beijing-Harbin dan Hangzhou-Changsha HSR Shanghai-Kunming.
Wang, seorang penduduk di Shenyang, Provinsi Liaoning yang berulang-alik ke Beijing hampir setiap minggu berkata, kini terdapat lebih banyak kereta api antara Beijing dan Shenyang. Semasa tempoh perjalanan musim panas, China Railway Shenyang Bureau Group mengeoprasikan 56 HSR penanda aras di segmen Beijing-Shenyang HSR Beijing-Harbin.
Pihak berkuasa kereta api di Delta Sungai Yangtze mengoperasikan kereta api khas bagi peminat bola sepak Liga Bandar Bola Sepak Jiangsu di timur China yang ke stadium. Kereta api tersebut memudahkan penonton untuk ke pertandingan yang dikenali sebagai ‘Su Chao’, sambil mempromosi ‘ekonomi potongan harga tiket’, iaitu satu model yang memberikan diskaun buat peminat acara dalam perjalanan, tempat tinggal serta makan dan minum.
Kereta api bola sepak khas itu terbukti popular apabila 35 perkhidmatan kereta api yang membawa lebih daripada 31,500 untuk menonton perlawanan menjelang penghujung Ogos.
Ledakan dalam konsert musim panas turut mencetuskan satu gelombang pengembaraan berkaitan muzik, dengan peminat golongan muda mengembara antara bandar-bandar untuk persembahan langsung. Operator kereta api turut memanfaatkan gelombang dengan memperkenalkan ‘kereta api peminat’.
Penumpang menikmati makanan di dalam kereta api yang dioperasikan China Railway Zhengzhou Bureau Group di Provinsi Hena. (Foto oleh Ji Zhixiang)
Jaringan kereta api China membawa 3.48 juta pengembara antarabangsa semasa tempoh perjalanan musim panas, yang menandakan peningkatan sebanyak 23.9 peratus berbanding tahun terdahulu.
Menurut data daripada aplikasi tempahan kereta api rasmi China iaitu 12306, destinasi utama pelancong antarabangsa adalah termasuk Shanghai, Beijing, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou, Chengdu, Suzhou, Xi’an, dan Chongqing.
Dalam tempoh sama, Stesen Kereta Api Timur Chongqing di barat daya China telah mengendalikan lebih daripada 4,500 perjalanan penumpang antarabangsa.
“Kami adalah peminat utama HSR China!” ujar Lina dari Perancis bersama-sama pengembara lain dari lebih 12 negara, yang berkongsi bahawa HSR bukan sekadar laju dan memudahkan, tetapi stesennya turut mempunyai perpustakaan.
Operator kereta api di seluruh China mengoperasikan 579 kereta yang dikhususkan buat pelancong pada musim panas, iaitu 31 peratus lebih tinggi daripada tahun lalu.
Dari 1 Julai hingga penghujung Ogos, kereta api pelancong yang dikendalikan China Railway Zhengzhou Bureau Group telah melakukan enam perjalanan pergi-balik antara Zhengzhou di Provinsi Henan di tengah China dan Urumqi di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China.
Perkhidmatan tersebut telah mengendalikan 1,242 perjalanan penumpang dan menjana hasil sebanyak RMB16.75 juta. Manakala pelancong warga emas meliputi 56 peratus pengembara dan lebih daripada 90 peratus yang mengembara dalam kumpulan keluarga.
- ‘Kota Ajaib 8D’ Perkenal Monorel Comel Bertemakan Panda
- Kereta Api Perlahan Muncul Sebagai Trend Baharu di China
- Kereta Api Penuh Asyik Sanya-Ledong Mula Beroperasi
- China Rekod Lebih 400 Juta Perjalanan Penumpang Kereta Api Pada Julai
- Kereta Api Kargo Ekspres Semua Rel Baharu Buat Debut di Chengdu
- Kereta Api China Catat 1 Bilion Pengguna Suku Pertama 2024
- 14 Juta Orang Guna Kereta Api pada 19 Feb
- CR400BF-Z Pertama Kali Ditugas ke Barat Laut China
- Laluan Kereta Api Fangchenggang-Dongxing Mula Beroperasi