AI Temu Sungai Ribuan Tahun, Guilin Bawa “Landskap Digital” ke CAEXPO

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 12 September 2025

Apabila Sungai Li yang ribuan tahun usianya bertemu dengan teknologi AI, tatkala kenangan silam Terusan Lingqu berjumpa budaya ASEAN, tersingkaplah sebuah pameran kota yang menjangkaui masa dan ruang.

Bermula 17 hingga 21 September, Guilin, satu-satunya wakil bandar China di pameran khas “Kota Mempesona” Ekspo China-ASEAN ke-22, akan menyerlahkan daya tarikan uniknya sebagai bandar pelancongan kelas dunia melalui paparan “Landskap Digital”. Untuk itu, sebuah kawasan pameran bersifat immersive yang seluas 200 meter persegi sedang dibina di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning, lengkap dengan paparan dinamik landskap Guilin melalui skrin berbentuk gelung Mobius.

Terbahagi kepada tiga segmen iaitu “Lagu Nelayan Sungai Li”, “Pelbagai Wajah Guilin” dan “Dari Sungai Ke Laut”, pameran tersebut akan memaparkan aspek-aspek pemuliharaan ekologi, warisan budaya dan juga keterbukaan Guilin.

Segmen “Lagu Nelayan Sungai Li” memperlihatkan integrasi teknologi dan ekologi, yang dapat disaksikan daripada operasi lebih seribu rakit buluh elektrik, pemantauan digital di kawasan peranginan Sungai Yulong, serta anjing robot yang digunakan untuk kerja-kerja tanpa manusia.

Filem tema “Lebih Daripada Sekadar Gunung dan Sungai” menggunakan AI untuk “menghidupkan kembali” landskap Sungai Li, menyerlahkan hembusan nafas baharu Guilin dari sudut ekologi hinggalah industri.

“Dari Sungai Ke Laut”, satu segmen yang menelusuri kesinambungan sejarah Terusan Lingqu sampailah ketersambungan moden Terusan Pinglu, mentafsirkan semula naluri Guilin mengejar keterbukaan. Sebuah struktur interaktif berbentuk bot membawa penonton mengembara merentasi sejarah, membolehkan mereka merasai pesona Guilin sebagai jambatan yang menghubungkan China dan ASEAN.

Dimaklumkan, kerja-kerja persiapan pameran sudah memasuki fasa akhir, dengan struktur utama, skin gelung, serta perkakasan VR dan AI sedang dibuat secara tempah.

Ayuh, bermula 17 hingga 21 September, ramaikan Dewan B2, Zon B di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning. Saksikan sendiri “gunung dan sungai menari-nari dengan teknologi”, serta keistimewaan budaya yang tidak pernah terpisah daripada keterbukaan.

展区平面指引图。主办方供图

Video

Berita Berkaitan