- Lain-lain
AI Suluh Haluan E-dagang China-ASEAN
Program “AI For All: China-ASEAN” yang membuka tirai di Nanning, Guangxi baru-baru ini, bukan sahaja medan untuk menguji penggunaan teknologi AI, tetapi juga wahana untuk memicu potensi sektor e-dagang rentas sempadan pada era serba pintar ini.
Satu kategori pertandingan, Aplikasi Inovasi “AI+E-Dagang Rentas Sempadan” China-ASEAN 2025, memanfaatkan senario penggunaan dunia sebenar untuk merungkai masalah-masalah yang membebani sektor perindustrian, sekali gus menyuntik kedinamikan baharu dalam perdagangan digital dua hala.
Sektor e-dagang rentas sempadan telah lama menghadapi cabaran seperti rintangan bahasa, perbezaan budaya serta logistik yang tidak efisien. AI kini muncul sebagai kunci untuk mengatasi isu-isu ini.
(Foto ihsan penganjur)
Misalnya, kategori pertandingan “rekaan visual rentas sempadan berbantu AI” mengguna pakai alat AI untuk mengoptimumkan imej promosi barangan ASEAN, membantu para peniaga memenuhi nilai estetika pasaran berbeza sambil mengurangkan kos reka cipta.
Satu lagi kategori, “sintesis video strim langsung multibahasa” menjadi wadah untuk perusahaan kecil dan sederhana membuat promosi kepada pengguna di negara ASEAN secara terus tanpa memerlukan khidmat penterjemah. Kaedah praktikal ini memperlihatkan bagaimana AI dapat mendorong kecekapan dan mengurangkan kos dalam kegiatan e-dagang rentas sempadan.
Dalam dunia masa kini yang sektor e-dagang rentas sempadannya menjadi medan persaingan sengit, integrasi mendalam AI dianggap perkara yang mustahak sekiranya ingin berjaya. Sebagai contoh, ramalan pasaran berbantu AI mampu meramalkan peralihan tabiat pengguna, misalnya pertambahan mendadak dalam permintaan terhadap alatan rumah kecil di Vietnam ataupun produk penjagaan kulit natural di Malaysia. Ini membantu peniaga melaraskan pengeluaran dengan permintaan.
Penjadualan logistik pintar berbantu AI pula dapat mengambil kira data kastam dan tahap kesibukan pelabuhan dalam masa nyata untuk mengoptimumkan laluan perkapalan. Hasilnya, keefisienan penghantaran di pasaran-pasaran ASEAN dapat dipertingkat.
Bukan sekadar menumpukan inovasi teknologi, pertandingan “AI+E-Dagang Rentas Sempadan” juga bertujuan memupuk bakat baharu. Trek akademiknya menggalakkan pembentukan pasukan dengan anggota dari berbilang negara dan lapangan kajian, memberi golongan muda dari China dan ASEAN peluang untuk lebih saling faham pasaran satu sama lain melalui kerjasama.
Trek sosial pertandingan pula menyaksikan pasukan yang terdiri daripada anggota dari China dan ASEAN berkongsi teknologi dan mengumpulkan sumber. Pendekatan ini membantu sektor e-dagang rentas sempadan melahirkan bakat profesional versatil yang memahami teknologi AI dan juga perdagangan antarabangsa.
Namun begitu, pada masa yang sama, masih wujudnya cabaran dalam penggunaan AI membabitkan e-dagang rentas sempadan. Contohnya, untuk mendapatkan terjemahan multibahasa yang tepat dan kajian pematuhan kandungan pemasaran yang meliputi konteks budaya berbeza, perlunya integrasi mendalam teknologi dan pengetahuan tempatan. Untuk itu, pertandingan ini menguji aspek latihan praktikal dalam persekitaran simulasi, membolehkan peserta mencuba cara penyelesaian dan menduga risiko dalam senario seakan betul.
Pertandingan ini dijangka akan membawa kepada lebih banyak penyelesaian berasaskan AI yang boleh diulangi dan disesuaikan skalanya, nescaya memastikan lebih banyak pengusaha e-dagang rentas sempadan menikmati faedah daripada kemajuan teknologi. Wilayah Guangxi yang berada di barisan paling hadapan, akan mencoret satu babak baharu dalam revolusi pintar ini.
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Keindahan Musim: Permulaan Musim Luruh
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
Menjejak “Elemen Chengdu” di Kedai Rasmi TWG2025
Berbasikal Keliling Chengdu Pada Malam Pertengahan Musim Panas
- Terminal Kontena Automatik di Guangxi Mantapkan Dagangan China-ASEAN
- Guangxi Pertingkat Infrastruktur, Mahu Pacu Usaha Bina Gerbang Data ASEAN
- “AI for All: China-ASEAN” Serlah Bakat Muda
- Pertandingan Inovasi, Keusahawanan Labuh Tirai
- Pertandingan AI+Pelancongan Budaya China-ASEAN di Shanghai, Beijing
- Pertandingan Inovasi Pertanian Pintar dilancarkan di Guangxi
- Pertandingan Aplikasi Inovasi Kesihatan Pintar 2025 Dibuka
- Pertandingan “AI+E-Dagang Rentas Sempadan” Dibuka
- Kedai Buku di Tepi Tebing Di Guangxi Pikat Pelancong
- Bot Bertemakan Kucing Tawar Pengalaman Penuh Keseronokan Buat Pelancong di Guilin