- Lain-lain
AI Lonjak Inovasi Industri Tradisional di Nanning, Guangxi
![]() |
Foto memperlihatkan barisan pengeluaran di kilang Guangxi Fenglin Wood Industry Group. (Foto disediakan oleh syarikat diwawancara) |
Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) kini semakin rancak dalam kalangan syarikat-syarikat swasta di Nanning, ibu kota wilayah Guangxi di selatan China dalam usaha mereka untuk meningkatkan kualiti, produktiviti dan daya saing global.
Di kilang Guangxi Fenglin Wood Industry Group, sistem pemeriksaan visual AI mampu mengesan 32 jenis kecacatan dengan ketepatan melebihi 99%, menggantikan pemeriksaan manual dan melonjakkan kecekapan pengeluaran. Syarikat itu turut membangunkan platform internet industri yang membolehkan kawalan automatik masa nyata.
Dalam sektor pertanian, robot tenaga baharu berasaskan AI telah diperkenalkan di pekan Liangqing, Nanning. Mesin mesra pengguna ini mampu merancang laluan secara autonomi, melaras kedalaman bajak mengikut keadaan tanah, dan meningkatkan kecekapan kerja sebanyak lebih dua kali ganda berbanding tenaga manusia. Kos operasi elektriknya pula jauh lebih rendah berbanding jentera bahan api, serta berpotensi besar untuk digunakan secara meluas di kawasan berbukit Guangxi.
Fenglin Group kini menembusi pasaran Jepun dengan piawaian antarabangsa, selain menyasarkan pasaran ASEAN termasuk Indonesia. Sementara itu, syarikat AI tempatan, Shendu Tansuo, bakal melancarkan generasi baharu robot pertanian berasaskan AI dengan sistem navigasi Beidou pada Oktober, serta telah menjalin kerjasama dengan beberapa institut dan kerajaan negara ASEAN.
Setakat ini, Nanning mempunyai 1,552 syarikat berkaitan AI, iaitu melebihi 50% daripada keseluruhan syarikat AI yang terdapat di Guangxi. Bandar itu berazam membina “ekosistem inovasi AI” yang berpangkalan di Guangxi, seterusnya dipancarkan ke negara ASEAN, dengan fokus tertumpu pada integrasi teknologi AI dalam pembangunan ekonomi dan sosial.
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
Keindahan Musim: Permulaan Musim Luruh
Peneraju Dwibahasa Muda Jelajah Zhejiang: Mencari Cenderamata Paling Diingini
Menjejak “Elemen Chengdu” di Kedai Rasmi TWG2025
Berbasikal Keliling Chengdu Pada Malam Pertengahan Musim Panas
- Bot Bertemakan Kucing Tawar Pengalaman Penuh Keseronokan Buat Pelancong di Guilin
- Daripada Lawatan Kepada Pengembaraan: Guilin Jadi Bandar Pelancong Bertaraf Dunia
- Foto: Kereta Sedia untuk Eksport di Pelabuhan Qinzhou, Guangxi
- Kemajuan Desa Dipacu AI, Tema Sidang Anjuran Guangxi
- Indahnya kesan Tyndall, hasil ‘jendela langit’ Gunung Jinzhong
- Robot AI Digunakan untuk Menuai
- Pertandingan “AI for All” di Guangxi Buka Penyertaan
- Pertandingan “AI for All: China-ASEAN” Umum Topik Cabaran Utama
- “Liga Super AI”: Mengapa Guangxi yang Teraju Usaha?
- Pohon Cendekiawan Cina Masuki Musim Untuk Dipetik di Guangxi
- AI Suluh Haluan E-dagang China-ASEAN
- Kedai Buku di Tepi Tebing Di Guangxi Pikat Pelancong
- Pertandingan “AI+E-Dagang Rentas Sempadan” Dibuka
- Pertandingan Aplikasi Inovasi Kesihatan Pintar 2025 Dibuka
- Pertandingan Inovasi Pertanian Pintar dilancarkan di Guangxi
- Pertandingan AI+Pelancongan Budaya China-ASEAN di Shanghai, Beijing
- Pertandingan Inovasi, Keusahawanan Labuh Tirai
- “AI for All: China-ASEAN” Serlah Bakat Muda
- Guangxi Pertingkat Infrastruktur, Mahu Pacu Usaha Bina Gerbang Data ASEAN
- Terminal Kontena Automatik di Guangxi Mantapkan Dagangan China-ASEAN