- Lain-lain
AS Diminta Jangan Campur Tangan Isu Laut China Selatan
Penubuhan rizab alam semula jadi peringkat negara Pulau Huangyan merupakan urusan dalaman negara China dan ia merupakan langkah yang sah dan wajar kerana pulau tersebut merupakan milik China.
Justeru itu, Amerika Syarikat (AS) diminta untuk tidak campur tangan, menabur fitnah, menimbulkan masalah dan memulakan persengketaan di Laut China Selatan (LCS), demi keamanan dan kedamaian kawasan tersebut.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media semalam.
Ia sekaligus menjawab soalan wartawan mengenai kenyataan Setiausaha Negara AS, Mark Rubio yang baru-baru ini mendakwa AS berdiri bersama Filipina, menentang penubuhan rizab tersebut kerana dilihat sebagai satu lagi tindakan paksaan oleh China untuk menuntut wilayah dan maritim di LCS dengan mengorbankan kepentingan negara jiran, serta menjejaskan kestabilan serantau.
Pada masa sama Rubio juga menuntut China supaya mematuhi keputusan "tribunal timbang tara LCS".
Mengulas lanjut Lin berkata, pihaknya telah menjelaskan pendirian China berhubung isu ini pada minggu lalu, dan pada Selasa telah menyampaikan bantahan rasmi terhadap kenyataan salah AS itu.
Menurut beliau, Pulau Huangyan sentiasa kawasan milik China. Oleh itu, penubuhan rizah alam semula jadi Pulau Huangyan adalah urusan dalaman kedaulatan China dan hal yang wajar dan sah.
Pada masa yang sama, Lin juga menyatakan bahawa China akan terus bersama-sama dengan negara-negara ASEAN untuk melaksanakan sepenuhnya Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkentingan di Laut China Selatan (DoC), di samping secara aktif mendorong rundingan Kod Tingkah Laku Pihak-pihak di Laut China Selatan (COC) supaya dapat mewujudkan LCS sebagai lautan keamanan, persahabatan dan kerjasama.
- Hong Kong Bantah Laporan Hak Asasi Manusia AS
- Mahkamah Agung Venezuela Kecam Tindakan AS Terhadap Presiden Maduro
- China Beri Amaran kepada Filipina, Jangan Cuba “Bermain Api” dalam Isu Taiwan
- China Nafi Tuduhan AS mengenai Isu LCS di Majlis Keselamatan PBB
- China Seru Semua Pihak Percepatkan Pelaksanaan 'Penyelesaian Dua Negara'
- AS Tiada Hak Campur Tangan: MFA
- Rondaan CCG di Laut China Selatan adalah Sah: MFA
- China Bertekad Basmi Kegiatan Resapan dan Penjejasan dari Kuasa Luar
- China Tekankan Lagi Rundingan di Sebalik Provokasi Filipina
- Filipina Didesak Hentikan Tindakan Cabuli Kedaulatan China