Perdagangan Sempadan yang Makmur di Mazhouli Manfaatkan Penduduk Tempatan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 16 September 2025

Sebuah kereta api kargo China-Eropah yang memuatkan alat ganti automotif, komponen penerbangan dan paparan komputer telah berlepas dari pelabuhan kereta api Manzhouli di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China menuju ke stesen Vorsino, Rusia.

Dengan perlepasan itu, ia sekali gus menandakan kejayaan pelabuhan itu dengan lebih 30,000 perjalanan kereta api barang China-Eropah.

Pelabuhan kereta api Manzhouli, iaitu pelabuhan darat terbesar di China, telah mengendalikan lebih daripada 60 peratus perdagangan darat China-Rusia, selain turut membangunkan sistem pengangkutan bersepadu yang meliputi sambungan rel, jalan raya dan udara, yang berfungsi sebagai hab utama untuk Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China.

Seorang penduduk tempatan, Chen Chunlan menunjukkan aplikasi telefon pintar yang membolehkannya menyertai perdagangan sempadan di Manzhouli, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China. (People’s Daily Online/Zhang Yuxiu)

Seorang penduduk tempatan, Chen Chunlan menunjukkan aplikasi telefon pintar yang membolehkannya menyertai perdagangan sempadan di Manzhouli, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China. (People’s Daily Online/Zhang Yuxiu)

Bagi meningkatkan kecekapan bagi kereta api barang China-Eropah yang kembali pulang, pelabuhan itu telah bekerjasama dengan pihak berkuasa pemeriksaan sempadan dan kastam untuk mewujudkan sistem bersepadu yang berkongsi maklumat dan menyelaraskan prosedur.

Usaha tersebut telah mengurangkan masa inap dan meningkatkan kecekapan pelepasan kastam sebanyak hampir 10 peratus.

“Kami sedang mempercepatkan pembinaan 'pelabuhan pintar', bekerjasama dengan jabatan kereta api untuk membangunkan platform aplikasi data kereta api yang mencipta model pengurusan perkhidmatan bersepadu,” kata Gao Yaoxun, seorang pegawai di pusat pemeriksaan darat Manzhouli.

Jelasnya, ia adalah untuk memastikan sifar masa menunggu untuk pemeriksaan kereta api barang China-Eropah dan sifar kelewatan dalam pelepasan kastam.

Pada masa sama, ledakan perdagangan turut mewujudkan peluang kepada penduduk tempatan.

Chen Chunlan, yang tinggal berhampiran sempadan, menggunakan aplikasi telefon pintar untuk membeli dan menjual barangan merentasi sempadan.

“Saya kini boleh mengendalikan pesanan koperasi kami terus dari telefon saya. Lihat, saya memperoleh RMB80 hari ini,” katanya dengan penuh ceria.

Zon perdagangan bersama China-Rusia di Manzhouli telah mencipta sumber pendapatan baharu untuk penduduk tempatan.

“Saya menyertai perniagaan perdagangan bersama kereta api sebagai penduduk sempadan tahun lepas.

“Kini, saya mengetuai pasukan dengan 50 orang di bawah saya, yang semuanya mengambil bahagian dalam perdagangan sempadan melalui koperasi kami dan memperoleh pendapatan yang sepadan. Kami boleh menjana wang tanpa meninggalkan kampung halaman kami,” kata Chen.

Skrin memaparkan data masa nyata perdagangan penduduk sempadan di Manzhouli, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China. (People’s Daily Online/Zhang Yuxiu)

Skrin memaparkan data masa nyata perdagangan penduduk sempadan di Manzhouli, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China. (People’s Daily Online/Zhang Yuxiu)

Kesemua perubahan tersebut tidak sekadar berkisar pada kisah kejayaan individu.

Sejak 2016, Manzhouli telah mengimport lebih daripada 5,000 produk Rusia. Tahun lepas, zon perdagangan sempadan pelabuhan kereta api secara rasmi memulakan operasi kastam bebas, menjadi kemudahan pertama seumpama itu di Mongolia Dalam dan membentuk rangka kerja ‘dwi-enjin’, di samping zon perdagangan sempadan lebuh raya.

Menjelang akhir Mei 2025, perdagangan sempadan Manzhouli telah memproses lebih 29,529 tan komoditi, meningkat hampir 768 peratus daripada tahun sebelumnya.

Manakala, nilai urus niaga mencapai lebih daripada RMB132 juta, yakni meningkat lebih 413 peratus tahun ke tahun. Penduduk di kawasan sempadan pula memperoleh lebih daripada RMB1.08 juta, yang memberikan manfaat kepada hampir 15,500 individu.

Sehingga kini, pelabuhan kereta api Manzhouli telah mengendalikan lebih daripada 30,000 perjalanan kereta api barang China-Eropah dan hampir 3 juta TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) barangan.

Untuk rekod, sebanyak 21 laluan kereta api barang China-Eropah melalui pelabuhan itu, menghubungkan 13 negara Eropah termasuk Rusia, Poland dan Belgium dengan lebih 60 bandar raya China. Difahamkan, barangan tersebut meliputi 12 kategori utama, termasuk produk pengguna, elektronik, kereta dan minyak makan.

Video

Berita Berkaitan